Novartis, Microsoft jalin usaha sama terapi kanser melalui AI

Novartis, Microsoft jalin usaha sama terapi kanser melalui AI
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

SYARIKAT penjagaan kesihatan global, Novartis dan Microsoft telah membentuk perkongsian dalam penggunaan kaedah kecerdasan buatan (AI) bagi memajukan terapi kanser CAR-T.

Rawatan tersebut kini sedang dalam kajian bagi melawan beberapa jenis kanser, selain menukar sel-T pesakit dalam makmal bagi melawan sel-sel kanser.

Menurut Financial Times, makmal inovasi sedang diusahakan oleh Novartis dan Microsoft menggunakan set-set data NVS bersama penyelesaian AI milik Microsoft.

Sebahagian daripada usaha tersebut akan menggunakan teknik-teknik pembelajaran mendalam (deep learning) kerana potensinya untuk menghasilkan ubat-ubatan baharu dengan lebih cepat dan tepat.

Setakat ini nilai usaha sama itu belum diumumkan.

Ketua Eksekutif Novartis, Vas Narasimha berkata mereka yakin dengan menggunakan AI bersama set-set data klinikal besar dan pra-klinikal mereka akan dapat mengesan pesakit yang respon segera atau kumpulan pesakit yang memberikan respons kepada pelbagai ubat, yang kemudian membawa kepada ujian-ujian lain.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.