Tweetdeck Twitter bermasalah sejak semalam

Tweetdeck Twitter bermasalah sejak semalam

APLIKASI papan pemuka Twitter, TweetDeck, bermasalah.

Menurut Otage.Report, laman itu dilaporkan tidak dapat diakses di seluruh kawasan Asia Pasifik, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Masalah itu dilaporkan berlaku pada 8 malam, Selasa di beberapa kawasan dan pada 11 pagi ini, Bernama mendapati pengguna log masuk ke TweetDeck diarah ke laman web Twitter biasa.

Ramai pengguna yang melahirkan kekecewaan apabila laman web itu bermasalah.

Brian Donegan dalam ciapannya berkata: “Apa yang berlaku dengan @TweetDeck? Ia memberitahu saya ia tidak lagi mempunyai akses ke akaun saya, dan log saya keluar, dan sekarang ia mengalihkan saya ke mobile.twitter.com dan saya tidak berada di peranti mudah alih.

Dennish Herring berkata: “Ok, siapa yang rosakkan TweetDeck?

Ryan Hoover pula menyatakan: “Saya tidak tahu bagaimana hendak Tweet tanpa TweetDeck.

Masih tidak jelas kenapa laman itu bermasalah dan berapa lama tempohnya sebelum ia berfungsi semula.

Papan pemuka TweetDeck membolehkan pengguna untuk menjejaki pemberitahuan dan kemas kini tweet tertentu dalam masa nyata dan juga membolehkan pengguna untuk menyambung ke beberapa akaun Twitter.

– Bernama
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.