PRK Tanjung Piai : Bagi laluan kepada calon Muslim berwibawa

PRK Tanjung Piai : Bagi laluan kepada calon Muslim berwibawa

Oleh Nursabihah Mohtar

PUCHONG- Presiden BERJASA, Datuk Dr. Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz menggesa kepada MCA untuk berkorban dan memberi laluan kepada Gagasan Muafakat Nasional untuk meletak calon Muslim berwibawa.

“MCA kena faham kerana ini bukan PRU tetapi PRK yang memerlukan strategi tertentu untuk menang dan melonjakkan perjuangan pembangkang dalam PRU-PRU akan datang untuk menguasai negara.

“Bila PRU15 nanti, medan untuk berbincang pembahagian kerusi yang lebih menyeluruh boleh dibuat mengambil kira kepentingan semua kaum,” katanya di pejabat BERJASA.

Tambah beliau lagi, Tanjung Piai merupakan kawasan majoriti Melayu, kekalahan MCA pada PRU14 dan semangat kesepakatan Melayu Islam hasil dari Muafakat Nasional telah membuktikan bahawa pilihan calon Melayu Islam adalah yang terbaik.

Beliau juga menyeru satu perbincangan antara semua parti Melayu, pemimpin-pemimpin parti politik, NGO, pemimpin masyarakat nasional dan tempatan diadakan membincangkan calon dan strategi paling sesuai untuk menjatuhkan PH.

“UMNO dan PAS kena ikhlas dalam membuktikan Muafakat Nasional bukan hanya untuk mereka berdua tetapi adalah melangkaui dan melibatkan semua orang Melayu.

“Jika tidak, kepercayaan yang diberi oleh orang-orang Melayu pada 14 September lepas, akan lebur dan sukar untuk dikembalikan,” katanya lagi.
Pada PRK yang lepas, Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik telah memenangi kerusi di Parlimen Tanjung Piai mengalahkan calon MCA dan BERJASA dengan majoriti 524 undi.-Bebasnews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.