Surat terbuka kepada Tun Mahathir Mohamad

Surat terbuka kepada Tun Mahathir Mohamad

YAB Tun Mahathir,
Perdana Menteri Malaysia,

Dengan segala hormat dan salam takzim, sukacita kami menyampaikan sokongan kami sepenuhnya atas kesudian Tun untuk hadir ke Kongres Melayu tanggal 6 Oktober ini yang akan dianjurkan oleh Empat buah Universiti besar negara kita ini.

Pada kongres ini orang Melayu dan orang Pribumi mahu menyatakan sesuatu untuk didengari dan diamati oleh Perdana Menteri mereka.

Tun sebagai Perdana Menteri mereka, patut mendengar sendiri apa yang hendak mereka sampaikan itu.

Melalui cara ini mesej orang marhaen seperti kami ini dapatlah sampai ke telinga Tun.
Kalau Tun pula ikut berucap di majlis itu, maka akan menjadi lebih teranglah pemahaman rakyat tentang arah tuju dan matlamat kerajaan.

YAB Tun,

Kalau Tun hanya menyuruh wakil menghadiri kongres ini, dan meminta wakil itu melaporkan kepada Tun tentang kongres itu, besar kemungkinan tidak disampaikannya kepada Tun, atau disampaikan mengikut seleranya saja Lebih afdal Tun hadir sendiri.

Ada pula orang-orang yang melarang Tun supaya jangan hadir. Mereka ini tidak ikhlas, busuk hati serta kaki sibuk.

Bukankah sebahagian daripada tugas-tugas Tun sebagai Perdana Menteri ialah untuk bersama dan mendengar isi hati rakyat, supaya dapat membantu mereka dengan baik ?

Kalau orang lain mahu mengadakan perhimpunan sedemikian, Tun tentu boleh juga pergi mendengarnya. Itu pun kalau mereka jemput.

Tun ialah Perdana Menteri Malaysia. Tidak ada undang-undang yang melarang Tun daripada menghadiri sesuatu perhimpunan, selagi perhimpunan itu mengikut landasan undang-undang.

YAB Tun,

Hadirlah.

Jangan dibimbangkan kepada kata – kata sumbang daripada orang-orang yang tidak ada maruah melarang Tun hadir.

Orang – orang yang busuk hati , walau bermastautin di langit biru sekali pun, hati mereka tetap busuk juga.

Sekian wassalam.

Yang benar,

Dato Prof Emeritus Hashim Yaacob dan Adi Sukma.

 

Please follow and like us:
error

One Response to "Surat terbuka kepada Tun Mahathir Mohamad"

  1. herman farispetra9599  04/10/2019 at 4:53 pm

    Dengan logik akal yang sama, selepas ini UniMAS dan UMS bolehlah menganjurkan Kongres Maruah Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana itu adalah skop tugas Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.