Haqiem Rusli tak lupa geng

Sebagai seorang sahabat beliau berpuas hati sebab dapat memenuhi impian orang lain. Malah kata Haqiem, beliau juga tidak kisah jika ada rakan-rakannya akan menjadi lebih popular daripadanya.

Haqiem Rusli tak lupa geng
HAQIEM Rusli mengadakan konsert demi peminat.

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

KALAU ikutkan nama Haqiem Rusli sudah cukup popular dalam industri muzik tanah air dengan lagu-lagu hit seperti Tergantung Sepi, Selamat Tinggal Sayang dan Jatuh Bangun.

Biarpun namanya cukup dikenali, Haqiem Rusli tidak malu untuk memperkenalkan rakannya pada acara Mini Concert With Haqiem Rusli yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 4 Oktober, baru-baru ini.

Haqiem ada sebab tersendiri kenapa beliau mahu mengetengahkan rakan-rakan dan adiknya, Zali dalam konsert yang bermula pada pukul 9.30 malam itu.

“Mereka (enam orang) adalah sahabat yang sentiasa menyokong saya tanpa mengira waktu. Setiap kali saya buat persembahan, mereka akan datang memberi sokongan. Kawan-kawan saya tu sebenarnya boleh menyanyi cuma mereka tak ada platform untuk tonjolkan bakat.

“Tujuan saya buatkan segmen untuk mereka dalam konsert ini adalah untuk merealisasikan impian mereka menyanyi di hadapan orang ramai. Saya nak mereka merasa bagaimana saya rasa berada di atas pentas, menyanyi di hadapan penonton,” ceritanya yang ditemui selepas konsert.

Jelas Haqiem, sebagai seorang sahabat beliau berpuas hati sebab dapat memenuhi impian orang lain. Malah kata Haqiem, beliau juga tidak kisah jika ada rakan-rakannya akan menjadi lebih popular daripadanya.

Beliau yang mempunyai ramai kawan berkata, kalau boleh biarlah rakan-rakannya juga berpeluang menjadi artis kerana masing-masing berbakat.
“Kalau kawan-kawan saya popular daripada saya, baguslah. Saya okey je, saya anggap positif. Kalau boleh saya nak semua member saya jadi artis.

ana tahu boleh buat persembahan sekali kat pentas besar.

“Kami duduk kat kawasan kampung di Hulu Langat. Bila ajak lepak, semua datang. Hubungan kami ini macam brotherhood. Kalau nak tahu, untuk konsert ini kawan-kawan juga yang uruskan. Ada lebih kurang 20 orang yang berdiri di belakang saya untuk memastikan konsert ini berjalan lancar,” kata Haqiem yang bangga dengan semangat kawan-kawannya itu.

Jelas Haqiem, pada awalnya mereka tidak yakin konsert yang dianjurkan itu boleh berjalan lancar kerana segala urusan dibuat oleh mereka yang bukan profesional.

HAQIEM Rusli bangga mempunyai peminat yang setia.

“Dalam saya punya produksi kawan-kawan ni, semua mereka adalah geng Hulu Langat saya. Geng saya inilah yang buat semua, kami tak ada guna mana-mana pihak untuk urus.

“Mula-mula kami takut juga tak dapat uruskan. Perbincangan kami bermula sewaktu lepak kat kedai mamak. Akhirnya terhasilah konsert ini. Saya bangga dengan sahabat-sahabat saya,” katanya yang mendendangkan kira-kira 12 buah lagu dalam tempoh satu jam lebih konsert berlangsung.

Konsert yang diiringi oleh enam pemuzik itu mendapat reaksi positif daripada kira-kira 1,000 penonton yang terdiri daripada kelab peminatnya, Qiemielio kerana mereka sentiasa memberi sokongan padu dari awal hingga akhir persembahan Haqiem.

 

Utamakan peminat

Jarang ada artis yang mengadakan persembahan tanpa menerima bayaran. Lain pula halnya dengan Haqiem kerana beliau sanggup mengeluarkan wang saku untuk menjayakan Mini Concert With Haqiem Rusli untuk peminat.

Jelas Haqiem, beliau ada sebab kenapa sanggup mengeluarkan kos sendiri biarpun ada pihak yang ingin menaja. Malah tiket untuk konsert tersebut juga dijual pada harga serendah RM20.

“Jujur sebenarnya tak untung pun. Ramai pertikai kenapa tiket RM20 dan kenapa tak letak harga RM80. Sejujurnya saya nak bagi tahu apa yang saya buat ini tidak memberi keuntungan kepada saya.

“Semua yang saya buat untuk kepuasan diri dan kepuasan peminat. Saya takut kalau jual tiket pada harga RM200 lebih mungkin ada peminat yang tak mampu dan takut orang tak datang. Saya tak kisah tiket tu murah, janji saya nak jumlah apa yang saya nak itu tercapai,” ujarnya yang lebih mementingkan kepuasan diri berbanding duit yang dikutip daripada penonton.

HAQIEM Rusli tak berkira dengan peminat.

Kata Haqiem, beliau sanggup buat semua itu kerana sepanjang perjalanan kerjayanya, Qiemielio (peminat) tidak pernah berkira dengannya.
“Ada yang dari Johor sanggup datang ke Kedah kalau saya ada acara di utara. Bagi saya mereka tak pernah berkira, dah banyak show mereka datang guna duit sendiri dan sanggup memandu jauh. Kalau peminat tak pernah berkira, kenapa saya nak berkira dengan mereka dengan meletakkan harga tiket mahal.

“Saya nak peminat puas hati dah cukup bagi saya kerana duit bukan segalanya. Setiap lagu yang saya nyanyikan pada konsert ini ada maksud tersirat, seperti lagu All I Want. Qiemielio tahu apa yang terjadi kepada saya dan ereka tahu kenapa saya nyanyi lagu-lagu tersebut,” katanya yang rapat dengan peminat itu.

Haqiem yang turut mencipta lagu Luka Dan Bahagia dendangan juara Big Stage 2019, Han Byul, tidak kisah jika lagu tersebut ditukar liriknya kepada bahasa Korea sepenuhnya.

Baginya jika itu berlaku ia merupakan peluang keemasan untuk beliau mengetengahkan bakat sebagai komposer kepada penyanyi luar selepas Han Byul.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.