Empat mati lemas ketika berselfie di empangan di Tamil Nadu, India

0
78
FOTO: The News Minute

 

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

SEORANG wanita yang baharu berkahwin dan tiga anggota keluarganya mati lemas dalam sebuah takungan air selepas berselfie.

Yang maut adalah sebahagian daripada sekumpulan enam orang yang berpegangan tangan sambil berdiri dalam air setinggi pinggang di empangan Paambaru, apabila seorang daripada mereka tergelincir dan sekali gus menarik yang lain bersamanya.

Portal berita bbc.com memetik akhbar The Hindu bahawa suami wanita tersebut hanya berjaya menyelamatkan adik perempuannya.

Untuk rekod, India mencatatkan jumlah kematian berikutan aksi foto selfie tertinggi di dunia.

Menurut kajian US National Library of Medicine, daripada jumlah 259 kematian di antara 2011 hingga 2017, lebih setengah berlaku di India, diikuti oleh Rusia, Amerika Syarikat dan Pakistan.

Tragedi terbaharu itu berlaku pada Ahad lalu di Tamil Nadu semasa pasangan muda yang berasal dari Bargur, Krishnagiri itu sedang menziarahi saudara mara mereka di Uthangarai bersama adik perempuan si suami.

Ketiga-tiga mereka memasuki ke dalam air bersama tiga orang lagi apabila seorang yang berusia 14 tahun tergelincir, justeru menarik kedua-dua kakaknya berumur 18 dan 19 tahun serta wanita yang baharu berkahwin itu dan adik perempuan suaminya.

Pada 2017, kerajaan negeri Karnataka melancarkan kempen untuk menyedarkan orang ramai supaya tidak mengambil risiko ketika berselfie berikutan kematian empat pelajar.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here