Jana kuasa maya pertama Singapura akan dibangunkan oleh NTU

0
53

 

Oleh FETTY RARA

 

SINGAPURA – Geran untuk membangunkan jana kuasa maya (VPP) pertama di republik itu telah dianugerahkan kepada Nanyang Technological University (NTU).

Menurut CNA yang memetik Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Sembcorp hari ini, jana kuasa tersebut bertindak sebagai platform pusat koordinasi sumber pelbagai tenaga dari lokasi-lokasi di Singapura.

Kenyataan bersama EMA dan Semcorp menjelaskan bahawa kaedah VPP mempunyai banyak kelebihan, termasuk fleksibiliti, berskala dan daya tahan grid kuasa lebih baik.

Ia juga secara automatik mengimbangkan turun naik aliran tenaga daripada cahaya matahari di lokasi-lokasi berbeza.

Jana kuasa tersebut akan dilengkapi dengan keupayaan unjuran permintaan dan algoritma pengoptimuman berdasarkan keadaan pasaran grid tenaga di Singapura.

Dengan berasaskan struktur sebegitu, jana kuasa tersebut dapat mengurangkan risiko berkaitan gangguan bekalan tenaga, dan sekiranya berlaku ia dapat diasingkan supaya tidak mengganggu bekalan kepada pengguna.

Dalam pada itu inisiatif tersebut akan dapat menyumbang kepada komitmen Singapura untuk menangani perubahan cuaca melalui penggunaan sumber-sumber tenaga yang bersih dan stabil.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here