PKR Sabah bimbang kemasukan ‘last samurai Najib’ dalam parti

“Beliau sendiri sebagai bekas menteri komunikasi kalah di kerusi parlimen Kota Belud di tangan pengundi-pengundi terutama generasi muda yang muak dengan peranan utamanya sebagai ‘the last samurai for Najib’.”

PKR Sabah bimbang kemasukan ‘last samurai Najib’ dalam parti
SALLEH Said Keruak dengan Anwar Ibrahim pada satu perjumpaan di Sabah, baru-baru ini. (Gambar Facebook)

 

TIMBALAN Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud berharap Anwar Ibrahim dapat membuat penilaian dan pertimbangan yang adil terhadap isu permohonan kemasukan Salleh Said Keruak dalam parti itu.

Beliau berkata kemasukan Salleh bukan sekadar isu keahlian pintu belakang tetapi menjadi liabiliti kepada parti yang dikenali sebagai penggerak reformasi.

“Beliau merupakan penyokong kuat Najib Razak sebelum PRU14 menjadi liabiliti dan menyebabkan kekalahan memalukan kerajaan Barisan Nasional.

“Beliau sendiri sebagai bekas menteri komunikasi kalah di kerusi parlimen Kota Belud di tangan pengundi-pengundi terutama generasi muda yang muak dengan peranan utamanya sebagai ‘the last samurai for Najib’,” katanya dalam satu kenyataan.

Salleh bertanding di kerusi Kota Belud tetapi tewas di tangan sepupunya, Isnaraissah Munirah Majlis yang mewakili Warisan.

Ahad lalu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan Salleh secara atas talian dan ia bakal dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik akan datang.

Mustapha berkata pimpinan PKR perlu menilai secara adil antara pejuang reformasi dan “The Lost Samurai” iaitu Christina walaupun dikatakan lemah tetapi tercatat dalam sejarah sebagai pengerusi PKR negeri yang berjaya menjatuhkan kerajaan BN setelah berjuang selama 20 tahun.

“Hubungan baik dengan ketua menteri Sabah banyak membuka ruang kepada pimpinan dan ahli-ahli parti mendapat manfaat sebagai rakan kongsi dalam kerajaan negeri.

“Ironinya yang mendapat dan menikmati jawatan penting yang disokong beliau selaku timbalan ketua menteri sekarang ini menjadi penyokong utama kemasukan Salleh ke dalam parti,” katanya.

http://bit.do/fb7Pv
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.