Twitter semakin meriah dengan gesaan supaya boikot Foodpanda

Twitter semakin meriah dengan gesaan supaya boikot Foodpanda

KEDEGILAN syarikat penghantaran makanan Foodpanda mengundang padah apabila platform media sosial Twitter semakin meriah dengan hashtag menggesa supaya syarikat itu diboikot.

Orang ramai yang bersolidariti menyokong gesaan boikot setelah syarikat tersebut enggan berkompromi dan tegas mengatakan bahawa skim bayaran baharu akan kekal bagi penghantar di luar Lembah Klang hingga diberitahu kelak selepas jangka masa minimum empat minggu.

Menurut  laporan The Star hari ini, dalam usaha untuk mempertahankan keputusan syarikat itu pengarah urusan Foodpanda Malaysia Sayantan Das mendakwa dapatan awal menunjukkan bahawa ramai penghantar sebenarnya menerima bayaran yang lebih baik di bawah skim baharu yang dilaksanakan pada 30 September.

Beliau berkata bertentangan dengan apa yang dilaporkan, skim baharu itu sebenarnya memberikan penghantar berprestasi tinggi peluang untuk mendapat bayaran hingga 50% lebih daripada sebelum ini.

Dalam pada itu penghantar yang berprestasi tidak berapa tinggi akan terdorong untuk bersaing dan turut meraih keuntungan.

Pelaksanaan skim pembayaran baharu Foodpanda telah mencetuskan kemarahan sesetengah penghantar yang melancarkan protes  di beberapa negeri awal bulan ini.

 

–BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Twitter semakin meriah dengan gesaan supaya boikot Foodpanda"

  1. herman farispetra9599  09/10/2019 at 7:56 am

    KUASA PENGGUNA itu REAL!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.