Amerika Syarikat akan kenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai China yang dituduh terbabit dalam penindasan penduduk Muslim

Amerika Syarikat akan kenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai China yang dituduh terbabit dalam penindasan penduduk Muslim
PHOTO: Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

 

TINDAKAN ini susulan keputusan pada Isnin untuk menyenaraihitamkan 28 organisasi China yang didakwa menganiaya wilayah Xinjiang.

Menurut bbc.com pagi tadi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata kerajaan China telah melancarkan kempen untuk memangsakan kaum Uighur.

China, bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Dalam satu kenyataan Pompeo telah menyenaraikan beberapa tuduhan kekejaman oleh kerajaan China terhadap masyarakat Uighur, etnik Kazakh dan lain-lain kumpulan minoriti Islam.

Ini termasuk penahanan beramai-ramai di kem tahanan, pemantauan berteknologi tinggi, sekatan melampau ke atas kegiatan budaya dan penghapusan identiti keagamaan, selain mengumpan individu rakyat China di seberang laut supaya pulang dan kemudian dihukum.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.