FIFA denda PSSI RM190,000 susulan kekecohan penyokong

FIFA denda PSSI RM190,000 susulan kekecohan penyokong

KUALA LUMPUR — Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormati keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mendenda badan induk itu sebanyak 45,000 Franc Swiss (RM190,000) susulan kekecohan yang ditimbulkan penyokong Indonesia pada aksi pertama Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 Sept lepas.

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria berkata, PSSI akan membayar denda tersebut, sambil mendedahkan badan induk itu akan menilai semula prosedur keselamatan di venue berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

“PSSI berharap peristiwa pada 5 Sept lepas akan menjadi kejadian terakhir. Sepak bola harusnya menyatukan, mempromosikan keragaman budaya dan menyerukan sikap saling menghormati,” menurut Ratu Tisha dalam laman sesawang PSSI: www.pssi.org, hari ini.

Beliau turut menyeru semua pihak berkepentingan dalam bola sepak Indonesia supaya bekerjasama dalam mewujudkan nilai murni dalam sukan berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia  dan FIFA susulan tindakan liar penyokong Indonesia yang dikatakan cuba menyerang dan menimbulkan provakasi terhadap pemain dan penyokong Malaysia selepas perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan itu, Malaysia menewaskan Indonesia 3-2.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.