Kenaikan tambang perlu untuk tampung kos operasi bas dan tren di Singapura

Kenaikan tambang perlu untuk tampung kos operasi bas dan tren di Singapura
MENTERI Kanan Pengangkutan Singapura, Dr. Janil Puthucheary ketika diwawancara oleh CNA938.

 

Oleh  FETTY RARA

 

SINGAPURA – Pembayar cukai di Singapura menikmati subsidi kira-kira $1(RM3.04) bagi setiap trip menggunakan bas atau tren, kata Menteri Kanan Pengangkutan negara itu, Janil Puthucheary semasa wawancara bersama CNA938 hari ini.

Menurut portal berita CNA, angka-angka yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) awal tahun ini, sebanyak 7.54 juta trip direkodkan menggunakan bas dan tren setiap hari.

Dalam wawancara tersebut Dr Janil memberikan sebab-sebab kenaikan sebanyak 7% ke atas kadar tambang pengangkutan awam yang diumumkan oleh Majlis Pengangkutan Awam Singapura semalam. Kenaikan yang akan berkuat kuasa pada 28 Disember depan akan menyaksikan tambang naik sehingga 9% bagi setiap perjalanan untuk penumpang dewasa yang membayar menggunakan kad.

Walaupun sebelum ini kutipan tambang pengangkutan awam dapat menampung kos operasi bas dan tren, namun ia bermakna pembayar cukai terpaksa menanggung beban subsidi, seperti pelaburan infrastruktur, katanya.

Dr Janil berkata isu utama ialah kerana kos di pihak operator telah meningkat dengan banyak, sehingga 30 % sejak beberapa tahun lalu dan kadar tambang pula tidak setanding dengan kenaikan tersebut.

Operator tren SMRT yang mengendalikan laluan Utara-Selatan, Timur-Barat dan Laluan Bulatan (Circle Line), termasuk dalam sedikit masa lagi, Laluan Thomson-Pantai Timur masing-masing telah melaporkan kerugian sebanyak S$155 juta (RM471.05 juta) untuk laluan Pusat bandar sejak tiga tahun yang lalu.

Kedua-dua syarikat telah memohon untuk menaikkan kadar tambang sebanyak 7 % kerana peningkatan kos penyelenggaraan dan tenaga kerja.

Justeru, menurut Dr Janil, kenaikan harga kadar tambang akan dapat membantu merapatkan jurang tersebut.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.