Turki lancar serangan di utara Syria

Turki lancar serangan di utara Syria
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

TENTERA Turki telah mula melancarkan serangan di utara Syria dalam apa yang dilihat akan membawa kepada konflik secara terus dengan puak Kurdish yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Menurut bbc.com, tindakan tersebut diumumkan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Turki mahu mewujudkan sebuah ‘zon selamat’ tanpa puak militia Kurdish yang juga akan menempatkan sebahagian daripada 3.6 juta pelarian Syria.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengundurkan tentera AS, tetapi memberi amaran akan kemungkinan Turki berdepan dengan tindakan sekatan ekonomi.

Puak pejuang Kurdish merupakan sekutu AS dalam usaha menewaskan kumpulan IS di Syria.

Pengunduran tentera AS dari kawasan sempadan itu dilihat oleh kumpulan pejuang demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish seperti tindakan tikam dari belakang oleh Trump.

Kritikan terhadap tindakan tersebut turut mendapat kecaman daripada pihak republikan di AS.

Sebagai respons, Trump mengugut akan memusnahkan ekonomi Turki sekiranya Turki bertindak di luar batasan perikemanusiaan.

Puak Kurdish sekarang mengawal beribu pejuang IS dan keluarga mereka di penjara dan kem tahanan di kawasan-kawasan mereka kuasai.

Persoalannya sekarang apakah mereka akan terus ditahan dengan selamat?

BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.