Utusan akan terus hidup, akhbar baru menyusul, kata pengerusi

Utusan akan terus hidup, akhbar baru menyusul, kata pengerusi
JURUFOTO Kumpulan Utusan kelihatan bersedih selepas menerima notis pemberitahuan penamatan operasi syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, yang juga penerbit akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo selepas mengalami masalah kewangan, hari ini. Sehubungan itu, hari ini merupakan tarikh akhir bekerja untuk kakitangan manakala hari akhir perkhidmatan ditetapkan pada 31 Oktober, 2019.–fotoBERNAMA

 

PENGERUSI Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd Abdul Aziz Sheikh Fadzir hari ini berkata Utusan Malaysia akan terus “hidup” memandangkan firma yang dikaitkan dengan jutawan Syed Mokhtar Albukhary itu merancang untuk melancarkan sebuah penerbitan baru dengan menggunakan lesen percetakannya.

Semalam, adalah didedahkan bahawa firma Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar, telah memperolehi kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof Sdn Bhd, syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan.

Walau bagaimanapun, pengambilalihan Syed Mokhtar adalah khusus untuk lesen Utusan dan bukannya mengambilalih kumpulan Utusan Melayu Bhd secara keseluruhan.

Utusan telah memulakan pembubaran secara sukarela selepas tidak dapat membayar hutang, serta membayar gaji pekerjanya selama beberapa bulan.

“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,” kata Abdul Aziz seperti yang dipetik oleh The Edge Markets.

Tidak jelas sama ada penerbitan baru di bawah Syed Mokhtar akan menggunakan nama Utusan atau yang lain.

Walau bagaimanapun, nasib lebih 800 kakitangan Utusan masih tidak diketahui.

Abdul Aziz dalam laporan itu ditanya sama ada penerbitan baru akan membawa mereka bersama tetapi beliau berkata ini terserah kepada pemilik baru itu.

Berikutan pengambilalihan itu, Dilof dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd.

http://bit.do/fchpm
Please follow and like us:
error

One Response to "Utusan akan terus hidup, akhbar baru menyusul, kata pengerusi"

  1. herman farispetra9599  09/10/2019 at 7:52 pm

    Berbelit-belit jadinya nih saudara Aziz oiii…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.