Utusan Melayu akhirnya ditutup selepas 80 tahun beroperasi

“Syarikat juga telah berusaha menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi tetapi edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan gagal dicapai menjadikan aliran tunai syarikat semakin tenat."

Utusan Melayu akhirnya ditutup selepas 80 tahun beroperasi
BANGUNAN Utusan Melayu Berhad di Jalan Chan Sow Lin. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN.

 

KUALA LUMPUR – Tepat pukul 1 tengah hari ini, Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan Melayu) yang beroperasi sejak 80 tahun lalu akan menamatkan operasinya kerana mengalami masalah kewangan yang semakin teruk dan tidak lagi mampu meneruskan perniagaannya.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam memo pekeliling kepada kakitangan Utusan Melayu, berkata, keadaan perniagaan syarikat semakin merosot selepas bulan Mei 2018 dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Melayu telah melalui tempoh perniagaan yang paling kritikal.

Beliau berkata, “Lembaga Pengarah Utusan pada 7 Oktober 2019 telah meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator).

“Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa Syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan,” kata beliau.

Abdul Aziz berkata, syarikat kini berdepan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang – pemiutang.

Beliau berkata, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan lebih kukuh dan terjamin termasuk menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) terbesar yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka.

Katanya: “Syarikat juga telah berusaha menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi tetapi edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan gagal dicapai menjadikan aliran tunai syarikat semakin tenat.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak,” kata Abdul Aziz.

Pemberhentian Operasi Perniagaan Syarikat-1_119
-BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Utusan Melayu akhirnya ditutup selepas 80 tahun beroperasi"

  1. herman farispetra9599  09/10/2019 at 2:36 pm

    Salah siapa?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.