Terpaksa dirawat lepas penat melakukan hubungan seks dengan 5 mangsa dalam masa singkat

0
330

BEIJING – Padah mengadakan hubungan seks dengan lima ekor kucing betina secara berturut-turut dalam tempoh beberapa jam pada waktu malam, seekor kucing jantan akhirnya terpaksa dirawat akibat kepenatan.

Media tempatan melaporkan bahawa kucing baka Russian Blue bernama Xiaopi itu ditemui keletihan yang bersangatan oleh pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Zhao.

Haiwan comel berbulu warna kelabu asap itu ditinggalkan lelaki tersebut di sebuah hotel kucing di wilayah Sichuan, barat daya China sebelum menjalani pembedahan pemandulannya.

Namun, petugas premis itu dikatakan cuai apabila tidak memberikan mamalia itu makan bahkan biarkan haiwan ini berkeliaran keluar dari kandangnya dan ‘mengerjakan’ lima ekor kucing betina di situ.

Zhao dalam luahannya menerusi akaun media sosial tempatan yang turut tular diperkatakan netizen mendakwa, staf hotel itu juga pulang ke rumah begitu sahaja selepas premis ditutup.

Hasilnya, rakaman kamera litar tertutup di tempat itu malah mendapati Xiaopi berjaya melakukan hubungan intim dengan lima mangsa antara pukul 10.40 malam sehingga 5 pagi keesokan hari.

Ekoran serangan seksual ‘ganas’ itu, Xiaopi terpaksa terima rawatan suntikan cecair glukosa setelah ditemui tidur dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat kepenatan mengawan.

Mujur haiwan jinak tersebut kembali sihat lincah tetapi Zhao bimbang dengan nasib lima ekor mangsa mungkin bunting setelah habis ‘dikerjakan’ peliharaannya itu yang agak nakal sifatnya.

Bagaimanapun pengusaha hotel itu sedia tawar pampasan 500 yuan (RM294) jika ada kucing dirogol Xiaopi yang hamil dan berjanji untuk jual anak haiwan tersebut kepada orang ramai.

Bahkan ada beberapa pemilik kucing betina terbabit turut berhasrat bayar imbuhan 1,000 yuan (RM589) atau hadiahkan anak kucing yang dilahirkan oleh haiwan peliharaan mereka itu.

Hantaran Zhao yang juga dikongsi ramai pengguna media sosial di China itu dapat pelbagai reaksi lucu termasuk mereka akui kehebatan kejantanan Xiaopi mampu jimak ramai pasangan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here