[VIDEO] Hanya orang Arab mampu menyatukan bangsa Arab

[VIDEO] Hanya orang Arab mampu menyatukan bangsa Arab

TIADA siapa pun dapat menyekat perpaduan Arab. Bukan Iran, bukan Israel, bukan Amerika dan bukan sesiapa saja, kecuali orang Arab sendiri.

Dunia Arab boleh bersatu mewujudkan perpaduan bila-bila masa sahaja jika mereka hentikan perbalahan, pembunuhan dan penganiayaan antara satu dengan lain.

Ahli politik lantang dan Ahli Parlimen British, George Galloway  menegaskan pendiriannya ini sejak lebih 30 tahun, iaitu pendirian bahawa orang Arab mempunyai jawapan dan penyelesaian dalam diri mereka sendiri.

George Galloway berpegang kepada konsep “Kita Berdiri Di atas Keadilan dan Haqq”. Pendirian beliau itu pernah menimbulkan cemuhan dalam kalangan sesetengah puak sayap kanan dan konservatif British yang menuduh beliau memeluk Islam.

Hakikatnya Galloway sentiasa yakin kepada konsep Allah yang satu, dan enggan mendedahkan pegangan agamanya, selain berkata ia adalah soal peribadi.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "[VIDEO] Hanya orang Arab mampu menyatukan bangsa Arab"

  1. herman farispetra9599  10/10/2019 at 12:42 pm

    Ramai yang salah faham, bangsa Arab dan bangsa Parsi adalah dua entiti yang berbeza

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.