SPRM reman dua pegawai RTM kerana disyaki seleweng zakat

0
106

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas disyaki menyelewengkan dana sebuah institusi zakat untuk sebuah program berbayar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, tangkapan dibuat terhadap tiga individu berkenaan termasuk salah seorang suami kepada pegawai kanan terbabit pada 7 Oktober lalu.

Beliau berkata reman ke atas tiga suspek itu tamat Khamis lalu namun dianjutkan selama lima hari ke atas dua pegawai terbabit, lapor Sinar harian.

“Setakat ini kita juga sudah mengambil keterangan 11 saksi termasuk tiga suspek tersebut.

“Siasatan masih berjalan dan kita masih belum dapat tentukan nilai wang yang disalahguna tapi berpuluh ribu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program sambutan Ulang Tahun Fama ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 di Shah Alam hari ini.

http://bit.do/fcEkQ
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here