[VIDEO] Taufan Hagibis: Tiada rakyat Malaysia terjejas 

1
119

KUALA LUMPUR — Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Hagibis yang membadai Tokyo, Jepun sehingga melumpuhkan sebahagian besar bandar raya berkenaan .

Bagaimanapun Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, berkata kedutaan Malaysia di negara berkenaan masih memantau perkembangan bencana itu.

“Tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia, tiada rakyat kita yang terjejas akibat taufan terbabit namun pihak kedutaan masih melakukan pemantauan.

“Bagaimanapun saya difahamkan ada segelintir rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di Tokyo kerana pesawat tidak dapat berlepas,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Media antarabangsa melaporkan 10 orang maut manakala 16 lagi disahkan hilang selepas Tokyo dibadai taufan paling kuat dalam tempoh beberapa dekad iaitu Taufan Hagibis.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir dan hujan lebat di sekitar Kanto sejurus sebelum subuh dan menjelang pagi tadi, meluaskan amaran itu ke kawasan lain di bahagian utara.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan memantau perkembangan cuaca semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sila patuh kepada arahan pihak berkuasa dan sebarang kemusykilan, boleh hubungi pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo di nombor 819064239662,” katanya.

-BH
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here