Bekas doktor pakar berdakwah,perangi Islamofobia

0
36
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG doktor pakar bius Muhammad Al-Ninowy lulusan Universiti Illinois, Amerika Syarikat sedang mengajar di Georgia Gwinnett College ketika berlaku peristiwa serangan pengganas pada 11 September di New York.

Serangan yang berlaku pada tahun 2001 itu mengorbankan banyak nyawa.

Kejadian itu telah mengubah Al-Ninowy daripada seorang dotor pakar bius kepada pengajar orang ramai tentang ajaran Islam yang menggalakkan perdamaian.

Dia berusaha keras untuk memerangi Islamofobia yang menyebar luas selepas peristiwa itu.

Menurut sesawang About Islam (10/10/2019), selama beberapa dekad kebelakangan ini, Al-Ninowy pergi ke merata tempat untuk membetulkan salah tanggap orang ramai terhadap Islam.

“Saya merasa itu adalah panggilan saya”, katanya.

Sejak tahun 2001, dia rutin mengadakan bengkel, seminar yang intensif mengenai dasar iman Islam, iaitu cinta dan kasih sayang tanpa syarat.
Pada 2013, Al-Ninowy mendirikan Madinah Institute, sebuah masjid, pusat kebudayaan Islam.

Baru-baru ini Al-Ninowy menulis ‘The Book of Love’ yang membahas komponen spiritual Islam dan agama pada umumnya.

“Saya yakin, konsepsi yang salah mengenai Islam itu ada kaitannya dengan pendidikan. Makanya kami berusaha mengajarkan untuk mencintai Allah, untuk mencintai manusia,” ujar Al-Ninowy.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here