Duit nyanyian Ifa Raziah tidak berkat?

0
106
IFA Raziah (empat dari kanan) bersama vendor yang sertai Star Vendors.

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SEMUANYA bermula selepas Ifa Raziah kembali dari menunaikan umrah pada tahun lalu. Beliau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni terfikir sampai bilakah orang nak melihat dirinya menyanyi di pentas. Kalau tak menyanyi apa pula punca pendapatannya nanti.

Jelas Ifa, perasaan itu dirasai sewaktu menunaikan umrah pada tahun lalu dan beliau yakin itu adalah petunjuk daripada Allah agar beliau mula mengurangkan aktiviti seni.

Justeru itulah apabila balik dari menunaikan umrah Ifa tidak berlengah menubuhkan Star Vendors untuk menguruskan fiesta jualan bagi membantu usahawan Melayu, khususnya rakan artis dalam perniagaan.

“Ifa tubuh Star Vendors ni bukan nak saing sesiapa, niat Ifa nak bantu usahawan Melayu, terutamanya selebriti yang mahu menambah pendapatan. Itu niat Ifa bila balik dari umrah.

“Maklumlah menyanyi pun dah lama, sampai bila orang nak tengok kita nyanyi atas pentas tu. Ifa dapat perasaan itu masa buat umrah. Cukuplah, tak jadi penyanyi pun tak apa. Mungkin Tuhan mahu Ifa duduk belakang tabir dan bantu orang lain,” cerita penyanyi itu tentang punca kenapa beliau aktif menggerakkan Star Vendors.

Selain mendapat petunjuk sewaktu menunaikan umrah, rupa-rupanya sebelum melangkah ke Tanah Suci lagi, Ifa telah didatangkan dugaan. Katanya, sudah beberapa kali beliau mendaftar untuk menunaikan umrah tapi tidak berjaya sehinggalah pada tahun lepas.

“Ifa pergi umrah tu pun, duit menyanyi tak masuk satu sen pun, semua duit jualan produk Solid Molid. Kenapa selama ni Ifa tak pergi umrah, bukan tak mampu boleh saja nak pergi (tapi)…

“Beberapa kali dah nak pergi asyik tak jadi saja. Ada masa Ifa fikir, agaknya pasal keberkatan duit hasil menyanyi atau berlakon ni. Pasal tu aku nak pergi berkali-kali, dah buat pun visa dan suntikan masih tak dapat pergi, mesti ada sebab. Duit jualan Solid Molid tu (agaknya) berkat sebab Ifa banyak bantu orang jadi kurus dan sihat.

“Niat Ifa kerana Allah nak bantu orang Melayu, orang Islam. Macam Solid Molid setiap pagi Ifa selalu niat, ya Allah ya Tuhanku, Kau pelariskanlah produkku ini supaya aku dapat bantu orang agar kesihatan mereka lebih sihat dan boleh beribadat,” katanya terus terang.

Mengimbas semula pembabitannya mengeluarkan produk Solid Molid, kata Ifa, pada awalnya ramai yang menuduh beliau mengedit fotonya agar nampak kurus.

Bagaimanapun tanggapan negatif itu bertukar menjadi positif selepas mereka mencuba dan hingga hari ini Ifa mempunyai stokis yang ramai.

Selain membantu dengan produk Solid Molid, penubuhan Star Vendors juga dijadikan platform untuk usahawan Melayu mencari rezeki yang berlipat ganda.

Kata Ifa, beliau bersyukur kerana penganjuran pertama kali di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Mei lalu sempena sambutan hari raya Aidilfitri mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha dan pengunjung.

IFA Raziah mahu bantu usahawan Melayu.

Jelasnya, kini Star Vendors sudah mendapat kepercayaan daripada vendor kerana sewaktu penganjuran kedua di Sabah Trade Centre, usahawan yang sama masih menyertai fiesta tersebut.

“Bila buat kali kedua, kita nak tengok sama ada vendor-vendor ini nak ikut kita atau tidak dan bagaimana tarikan pengunjung pula. Alhamdulillah, lokasi kedua turut mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengunjung dan vendor sendiri.

“Pengusaha dari Star Vendors ini ada gaya kerana kami ada signature tersendiri. Lokasi kami bukan murahan seperti tempat biasa-biasa tapi luar biasa. Kami mahu letakkan jenama Star Vendors ini di satu tempat yang gah, bila berada di tempat gah, benda itu akan dilihat luar biasa,” kata Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors.

Ifa yang penuh dengan visi itu telah merancang siri jelajah Star Vendors 2019 dan 2020. Untuk waktu terdekat ini mana-mana vendor yang membeli booth dengan Star Vendors akan mengadakan jualan di Persada Johor Convention Centre, Johor Bahru pada 29, 30 November dan 1 Disember 2019.

Untuk tahun hadapan, Star Vendors akan memulakan penganjuran fiesta jualan sempena hari raya di Sultan Ahmad Shah Convention Centre Kuantan, Pahang pada 1 hingga 3 Mei 2020.

Kemudian jualan fiesta raya akan kembali menemui pembeli di Persada Johor Convention Centre, Johor Bahru pada 8 hingga 10 Mei 2020.

enariknya sempena sambutan raya itu juga jualan tanpa henti selama 72 jam akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 Mei 2020.

Bukan setakat raya, jualan merdeka juga ada yang akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak pada 28 hingga 30 Ogos 2020.
Kemudian sekali lagi siri jelajah Star Vendors akan kembali ke Persada Johor Convention Centre, Johor Bahru pada 4 hingga 6 Disember 2020 untuk jualan akhir tahun.

Malah Ifa turut mendapat kepercayaan daripada TEKUN Nasional untuk membawa vendors menyertai fiesta jualan di luar negara.

“TEKUN percaya pada saya selepas melihat kejayaan Star Vendors di PWTC hari tu sebab satu event yang saya buat tu sama dengan orang yang dah lima tahun buat.

“Mana-mana vendor bersama saya akan mendapat pinjaman daripada TEKUN untuk perniagaan mereka tapi harus beri komitmen dengan saya itu ikuti semua siri jelajah yang ada. Duit yang dia dapat tu kena beli booth dengan saya dan ada syaratnya kerana saya yang akan rekomen mereka,” jelasnya.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here