Hari Tanpa Bra: Untuk kesedaran kanser sedunia

0
111
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEMALAM, 13 Oktober, wanita di seluruh dunia memperingati Hari Tanpa Bra atau No Bra Day. Jangan berfikiran kotor dahulu. Hari tanpa bra ini sebenarnya sebagai bentuk sokongan kepada Breast Cancer Awareness sedunia.

Sebagai tanda sokongan, para wanita telah diajak untuk tidak memakai bra alias BH, selama sehari untuk memberi semangat kepada para penderita kanser payudara di seluruh dunia, lapor Mi.News.id.

Dahulu bra digunakan oleh wanita sebagai pelindung. Seiring dengan peredaran masa, fungsi bra berevolusi menjadi memudahkan penampilan wanita, agar selesa selama beraktiviti.

Sejarah awal mula No Bra day atau Hari Tanpa Bra bermula pada tahun 2011, ketika itu sekitar 30 negara di seluruh dunia merayakan hari pembebasan payudara alias ‘No Bra day’ selama 24 jam untuk meningkatkan kesedaran kesihatan payudara.

Hari tidak memakai bra ini dicetuskan oleh seorang pakar bedah plastik yang beroperasi di Toronto, Kanada, Dr Mitchell Brown.
Ketika itu dia melihat, kesedaran terhadap kesihatan payudara wanita telah berkurang beberapa tahun terakhir. Di England, ‘No Bra Day’ dirayakan setiap tanggal 12-13 Oktober bertepatan dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Bra dalam bahasa Inggeris berubah ketika diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Lazimnya, bra ini seringkali diterjemahkan dengan singkatan BH.

Nah, BH sendiri apakah terjemahan dari bra atau memang punya punya erti lain?

Rupa-rupanya, BH sebenarnya singkatan dari Bahasa Belanda iaitu Buste Houder (BH). Ketika diserap ke Bahasa Indonesia, yang tersisa hanya singkatannya sahaja.

Nama lain dari BH yang popular diucapkan di Indonesia adalah Kutang atau coutant dalam Bahasa Perancis.

Sebenarnya Bra juga ternyata berasal dari Bahasa Perancis, brassiere.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here