Keganasan: Kit Siang bangkitkan bekas jawatan Hadi

0
60

LIM Kit Siang membangkitkan jawatan yang pernah dipegang Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis) ketika membahaskan isu berkaitan kumpulan pengganas.

Walaupun tidak menyebut nama, veteran DAP itu membangkitkan penglibatan “seorang pemimpin pembangkang Malaysia” yang menjadi naib presiden KUIS.

Kuis, kata Lim, dimasukkan dalam senarai pengganas oleh empat negara Arab, iaitu Arab Saudi, Mesir, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrin.

Lim berkata demikian ketika mengulas gesaan PAS supaya kerajaan membentangkan kertas putih mengenai kumpulan bersenjata Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, susulan operasi penangkapan minggu lepas.

“DAP menyokong cadangan PAS supaya kertas putih berkaitan LTTE di parlimen dan mencadangkan supaya keras putih itu meliputi seluruh spektrum masalah keganasan yang dihadapi Malaysia,” katanya.

Hadi pada 6 Disember tahun lalu bagaimanapun dilapor tidak mempertahankan jawatannya atas faktor kesihatan.

Setakat ini, 12 orang ditahan polis bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) atas dakwaan penglibatan dalam LTTE, termasuk exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri P Gunasekaren.

Kedua-dua mereka ialah wakil rakyat DAP.

http://bit.do/fcKUE
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here