Kes SPRM- LZS beri penjelasan

1
81
KETUA Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop

 

Oleh ARRAZAQ NAZRI

 

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dua pegawai kanan syarikat media yang direman berhubung penyelewengan tuntutan dana zakat pihaknya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop, LZS amat menitikberatkan integriti
semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi memastikan wang zakat yang diamanahkan
diurus dengan baik.

“Ini penting bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawab kepada LZS sentiasa terpelihara dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat tidak terjejas,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi pihaknya kepada laporan di media massa berkaitan siasatan kes rasuah dua pegawai kanan syarikat media tersebut.

Semalam media massa melaporkan, tiga individu termasuk dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditahan reman pada 7 Oktober lalu berhubung dakwaan penyelewengan dana Lembaga Zakat untuk satu penerbitan program.

Saipolyazan berkata, LZS sentiasa berkongsi informasi berkaitan aktiviti pengurusan zakat di Selangor
melalui pelbagai medium termasuk media massa.

“Ini termasuklah menerbitkan program televisyen bagi bertujuan meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan masyarakat.

“Pelaksanaan penerbitan program televisyen tersebut diuruskan oleh perunding pengiklanan profesional yang dilantik oleh LZS mengikut prosedur yang ditetapkan, skop dan harga kontrak yang dipersetujui
menggunakan dana pengurusan amil, “katanya.

Jelasnya lagi, berdasarkan kontrak, LZS memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada perunding pengiklanan untuk berurusan terus dengan syarikat media dalam pelaksanaan skop kontrak dan pembayaran.

Katanya lagi, dalam usaha LZS membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa, LZS telah mengamalkan polisi agar mana-mana pembekal atau individu melaporkan sebarang cubaan atau salah laku rasuah
kepada SPRM jika melibatkan kakitangan atau mana-mana pihak ketiga.

Sehubungan dengan itu ujarnya, LZS tidak teragak-agak untuk membuat aduan kepada SPRM jika aduan salah laku rasuah diterima oleh LZS sendiri.

“Berhubung kes tersebut, LZS akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dengan SPRM dan pihak
berkuasa bagi memastikan kepentingan wang zakat sentiasa terpelihara, “katanya.

BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here