Ni Hsin bakal labur RM10 juta dalam Satumarin

0
59
DARI kiri Sofiyan Yahya, Rizvi Bin Abdul Halim, Mohd Redzuan Yusof, Kapten Mohd Zailani Abdul Razak Ir. Sahrudin Aminudin di majlis menandatangi perjanjian antara Ni Hsin Resources dan Satumarin di Kuala Lumpur hari ini.

 

KUALA LUMPUR –Ni Hsin Resources Berhad (Ni Hsin), pengeluar utama dalam peralatan memasak premium bakal melabur RM10 juta dalam Satumarin Sdn Bhd (Satumarin) bagi mengembangkan perniagaan di dalam sektor marin, minyak dan gas.

Satumarin merupakan syarikat Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan marin pesisir luar profesional dan sokongan logistik, pengurusan projek serta perkhidmatan konsultansi teknikal dalam industri minyak dan gas.

Pengerusi Kumpulan Ni Hsin Group, Sofiyan Yahya berkata, pihaknya telah bersetuju untuk memiliki 490,000 saham biasa bersamaan 49 peratus daripada saham modal berbayar dengan nilai tunai kira-kira RM735,000.

“Sebaik sahaja pemindahan jualan saham berlaku, Ni Hsin akan melanggan sehingga 9,265,000 saham keutamaan boleh tebus untuk jumlah tunai sebanyak RM9,265,000 dalam Satumarin dalam tempoh lima tahun berdasarkan kepada tarikh Penyelesaian Jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis menandatangani perjanjian antara Ni Hsin dan Satumarin di sini hari ini yang disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Yang turut hadir ialah Pengarh Eksekutif Ni Hsin Rizvi Abdul Halim, Pengarah Urusan Satumarin, Kaptem Mohd Zailani Abdul Razak dan Pengerusi Satumarin Datuk Ir. Sahrudin Aminuddin.

Sofiyan berkata, pelaburan ini membuka peluang baharu buat Ni Hsin untuk mengembangkan perniagaan di dalam sector minyak dan gas serta marin, selain ia dapat meluaskan peluang pasaran di Malaysia, dalam ASEAN dan juga di rantau yang lain.

Malah katanya, Ni Hsin telah sedia memahami pasaran global, dan ia sekali gus bakal meluaskan lagi aspirasi pengembangan pasaran global bagi Satumarin.

Sementara itu, Kapten Mohd Zailani berkata, melalui pelaburan baharu ini, Satumarin akan mengukuhkan lagi asas perniagaannya untuk mengembangkan penguasaan pasarannya di dalam perkhidmatan sedia ada dan meneroka di dalam sekmtor pasaran baharu, seperti Kajiselidik Waranti Marin.

“Kajiselidik Waranti Marin merupakan perkhidmatan penting untuk mengurangkan risiko daripada kerugian atau kerosakan dalam pembinaan bernilai tinggi marin dan projek pengangkutan, dan kami bercadang untuk menubuhkan, menguruskan dan mengendalikan sayap baharu ini dengan sokongan daripada pakar tenaga kerja tempatan.” Katanya.

Satumarin memegang lesen untuk membekalkan produk dan perkhidmatan bagi syarikat minyak dan gas serta untuk kerja-kerja penerokaan di Malaysia yang dikeluarkan oleh Petronas.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here