Rahsia menyediakan teh yang lazat

1
54
FOTO: Creative Commons

 

Oleh FETTY RARA

 

Rahsia membuat teh yang baik bergantung pada penggunaan bahan berkualiti.

Untuk tehnya sahaja, anda perlu menggunakan daun teh dan bukan beg teh segera, kerana daun teh mampu menghasilkan rasa lebih enak.

Air teh daripada rendaman serbuk teh pula hanya mampu mengeluarkan warna pekat dan menyiapkan minuman dengan lebih cepat, tetapi rasanya tidak hebat.

Bagaimana pun, menggunakan daun teh tidak semestinya anda perlu menggunakan teko, kerana anda boleh menggunakan alat khas yang dipanggil ‘tea infuser’ untuk sekadar membancuh hanya secawan teh.

Menurut pakar teh, Angela Pryce, untuk airnya pula, jika kawasan anda dibekalkan ‘air keras’, gunakanlah alat tapisan. Ini kerana air keras mengandungi mineral yang tinggi, dan itulah sebabnya kadangkala anda dapati selapis minyak di permukaan teh yang dibancuh.

Untuk teh hitam pula, airnya perlu betul-betul mendidih apabila terkena daun teh. Oleh itu perlulah dipanaskan teko dan cawan dengan air panas sebelum digunakan.

Untuk teh hijau, airnya perlu lebih rendah suhunya – antara 70 darjah Celcius hingga 80 darjah Celcius.

Sekiranya susu diperlukan, guna ikut rasa, tetapi teh hitam yang kuat elok dimasukkan susu. Susu sebaiknya dibancuh selepas teh sedia dibuat.

Kemanisan teh terpulang kepada seleraa sendiri.’

-BebasNews

 

 

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here