Tentera AS tersepit dalam pertempuran antara Turki dan Kurdish

0
76
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

AMERIKA Syarikat merancang untuk memindahkan tenteranya dari Syria, sehari selepas satu kontinjen pasukan gerak khas AS terperangkap dalam serangan tentera Turki ke atas militia yang dipimpin oleh puak Kurdish.

Menurut laporan CNN semalam, dalam program ‘Face the Nation’ CBS, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper berkata selepas berbincang dengan Presiden Donald Trump pada hujung minggu lalu, AS kini sedang bersiap untuk memindahkan kira-kira 1,000 tenteranya “secepat yang mungkin.”

Menurut Esper, baki tentera yang masih berada di situ tersepit antara pertempuran pihak Turki dan pihak Kurdish yang disokong  AS semasa perang di Syria.

Lebih daripada 100, 000 penduduk kini melarikan diri daripada kancah keganasan sementara tentera Turki semakin mara ke selatan memasuki Syria.

Pada Sabtu lalu, tentera Turki berjaya merampas sebuah bandar sempadan daripada kumpulan-kumpulan pejuang Kurdish.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here