Wanita Jepun peluk Islam setelah belajar Bahasa Melayu

0
66
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

BIARPUN berada di negara sendiri tetapi bukan mudah menjadi mualaf di negara yang rakyatnya majoriti bukan beragama Islam termasuklah di Jepun.

Namun Nur Arisa Maryam, iaitu seorang mualaf cantik dari negara matahari terbit itu, tetap tabah mengharungi cabaran itu.

Dia memutuskan untuk menjadi seorang muslimah selepas bergaul dengan kelompok muslim di bumi penganutnya beragama Shinto dan Buddha.
Lalu bagaimanakah cerita sebenarnya?

Menurut laman Mvslim.com, Arisa yang dilahir dan membesar di Tokyo, Jepun, pada mulanya tertarik kepada bahasa asing, lalu akhirnya memilih jurusan Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Tokyo.

Di kampus, Arisa bergaul dengan orang Melayu yang kebetulan sekelas dengannya. Melalui teman-temannya dia belajar tentang cara hidup orang Islam sebelum bertemu dengan seorang wanita yang memakai jilbab.

Perlahan-lahan dia mula memahami bahawa agama Islam itu indah, lantas mengubah sudut pandang dan fikirannya terhadap agama berkenaan.
“Saya juga kagum, kerana apa pun yang terjadi, mereka hidup demi Tuhan dan mendedikasikan ibadah mereka hanya untuk Tuhan,” kata Arisa.

Melihat kehidupan umat Islam sedemikian Indah, akhirnya Arisa berpikir untuk berpindah keyakinan menjadi seorang Muslim mualaf.

Sebelum ini, Arisa berkata, dia merasakan seperti tidak memiliki tujuan hidup. Dia mengakui selama ini yang difikirkannya hanya masalah dunia.
“Saya merasa putus asa, yang dapat saya fikirkan hanyalah belajar, bekerja, berkahwin dan berkeluarga,” kata beliau.

Pada awalnya, tindakan Arisa memeluk Islam, tentunya mengejutkan keluarganya terutama ibunya, malah dia pernah ditolak dan dianggap bukan anak mereka lagi.

Namun, Arisa tidak berputus asa atas sikap ibunya ini. Dia tetap menjaga hubungan baik dengan ibunya. Layaknya seorang anak, Arisa tetap berbakti kepada perempuan yang melahirkannya itu.

“Saya tahu ini adalah reaksi normal, jadi saya melakukan yang terbaik untuk membolehkan ibu menerima saya. Dan saya ingin membuatnya melihat saya menjadi orang yang lebih baik kerana Islam. Jadi, saya berusaha menjaga hubungan yang baik dengan ibu saya,” ucapnya lagi.

Teman-teman Arisa juga bersikap positif terhadap perubahannya itu.

Ketika ini Arisa tinggal dan kuliah di London, England. Dia mengambil jurusan Bahasa Arab dan Islam.

Dia mengakui hidup di negara-negara yang rakyatnya mempunyai bilangan orang Islam minoriti sangatlah sulit termasuk di Jepun.

Namun di England, Arisa merasa lebih baik kerana banyak makanan halal serta masjid untuk dirinya.

“Ada banyak masjid dan restoran halal di sini. Jauh lebih mudah untuk menemukan makanan halal, Anda bahkan dapat menemukannya di supermarket biasa. Jepun tidak memiliki banyak Muslim dan Cuma ada sedikit tempat Islam,” katanya.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here