Bawa mayat ke balai polis setelah bunuh isteri

0
65
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG suami sanggup membunuh isterinya sebelum memandu kereta dan membawa mayat ke Balai Polis Sarolangun, Jambi, Sumatera untuk menyerah diri.

Kejadian pembunuhan terjadi di wilayah Kabupaten Sarolangun, Jambi pada Isnin lalu (14/10/2019), lapor Serambi Indonesia.

Mangsa dikenali sebagai Hawa mati dengan terdapat kecederaan di leher.
Ketua Balai Polis Mandiangin, Adi Prayitno mengesahkan kejadian itu dan mengatakan mangsa dibunuh oleh suaminya sendiri.

Pihak polis, bagaimanapun masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here