Beri makan kucing, rezeki melimpah

0
102
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

KISAH yang memberikan inspirasi ini dikongsi pengguna Twitter dengan nama akaun @GiaPratamaMD.

Gia Pratama diketahui merupakan seorang doktor yang terkenal dalam media sosial.

Dia kerap berkongsi cerita menarik melalui media sosial yang mengundang perhatian ramai.

Akaun Twitternya memiliki 200,000 pengikut, sedangkan akaun Instagramnya diikuti lebih dari 70,000 orang.

Gia Pratama mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Syafira.

Kedua-duanya merupakan pasangan romantis yang sering menghabiskan percutian bersama.

Syafira menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen dengan menjual produk hijab dan mukena.

Menurut Gia Pratama bercerita isterinya meningkat pesat kebelakangan ini.

Gia berkata, isterinya kini mempunyai hobi memberi makan kucing di mana pun dia berada.

Jika kebetulan bertemu seekor kucing di jalan, Syafira tidak segan untuk memberi makanan yang sudah dia siapkan.

Menurut Gia, pendapatan isterinya meningkat dua kali ganda setelah memberi makan kepada kucing-kucing berkenaan.

Banyak netizen yang membenarkan perbuatan itu bahawa memberi sedekah dengan memberi makanan kepada haiwan juga antara punca rezeki berlimpah.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here