Dr Serena Nik Zainal terima Anugerah Josef Steiner

0
220

KUALA LUMPUR —  Seorang saintis Penyelidikan Kanser di United Kingdom (CRUK), Dr Serena Nik Zainal bakal menerima ‘Anugerah Josef Steiner’ di atas kejayaannya membuat kajian terhadap penafsiran genom kanser secara menyeluruh.

Pencapaian membanggakan ini mengiktiraf Dr Serenasebagai rakyat Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan anugerah sedemikian.

Berdasarkan kajiannya yang bertajuk ‘Accelerating holistic cancer genome interpretation towards the clinic’ itu analisa terhadap mutasi dalam tumor kanser boleh dianalisis menggunakan kaedah bioinformatik yang baru.

Ini sekali gus membolehkan pendekatan baru untuk terapi kanser yang disasarkan.

Beliau yang juga Pakar Perunding di Klinik Genetik di Universiti Cambridge, berkata halangan utama bagi teknologi genom dan konteks klinik ini ia memerlukan kepakaran menyeluruh dan analisis klinikal untuk difahami.

“Gabungan analisis komputer dan eksperimen akan membantu pemahaman terhadap genom kanser ini,” katanya menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi Universiti Cambridge.

Anugerah berkenaan akan diberikan di University of Bern, Switzerland, esok. Disamping itu beliau juga akan menerima satu juta Swiss Francs (RM4,212, 216).

Anugerah Josef Steiner ini pada asalnya juga dikenali sebagai ‘Hadiah Nobel Penyelidikan Kanser’.

Sementara itu, abangnya yang juga Pakar Jantung di Hospital Gleneagles, Dr Nik Helmy Nik Zainal berkata seluruh keluarga berbangga dengan pencapaian Dr Serena.

“Alhamdulilah beliau diberikan penghormatan yang yang besar ini.Perasaan gembira bercampur sedikit suram kerana mengingati arwah ayah kami (Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman) .

“Beliau adalah antara pakar jantung pertama negara. Ayah menjadi pemangkin semangat kami dua beradik untuk ceburi bidang perubatan. Jika beliau ada hari ini sudah tentu akan berbangga dengan pencapaian Dr Serena,” katanya.

-BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here