Kewajipan kerajaan disalah guna

0
96
FOTO hiasan

 

SUDAH berpuluh tahun apabila berlaku pilihan raya sama ada untuk kawasan parlimen atau dewan negeri, kerajaan akan melanggar undang-undang dengan ‘lawatan’ , sumbangan dan pembinaan pelbagai infrastruktur naik taraf di kawasan berkenaan.

Justeru, kita lihat menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan dengan megah bergambar ketika majlis pecah tanah atau berdiri di tepi papan tanda projek dengan senyuman lebar bersama konco-konco mereka untuk disebarkan dalam media.

Tindakan sebegitu kononnya adalah sebahagian daripada tugas kerajaan untuk rakyat, walhal sebelum itu apa pun tidak dilakukan sampai bertahun.

Jalan diturap, longkang dibersihkan dan macam-macam lagi dilakukan.

Sebenarnya semua ini adalah rasuah jika diteliti rapi bersamaan undang-undang pilihan raya.

Amalan ini perlu dihentikan dan segala alasan bagi menutup perlakuan berkenaan tidak boleh diterima.

Asasnya ialah penafsiran maksud keikhlasan yang sebenarnya dalam konteks integriti dan rasuah.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here