WGB beli Serendah kuasai konsesi YBK Usahasama

0
150

KUALA LUMPUR – Widad Group Berhad (WGB) telah memeterai perjanjian utama (Heads of Agreement) untuk menguasai 90 peratus ekuiti kepentingan dalam Serendah Heights Sdn Bhd (Serendah) dengan bayaran RM95.89 juta.

WGB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata, perjanjian itu dimeterai dengan pemegang saham SHSB, iaitu Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Training Camp Aabata Sdn Bhd bagi pembelian 4.5 juta saham biasa dalam SHSB.

Cadangan pembelian itu dijangka selesai pada suku pertama tahun 2020.
Pembelian itu akan dibayar secara tunai dan juga terbitan saham baharu biasa WGB.

“Serendah menguasai 100 peratus kepentingan dalam YBK Usahasama Sdn Bhd (YBK Usahasama), yang memeterai perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi membangun kemudahan dan infrastruktur dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kampus UiTM Jasin Melaka. Ketika ini, tempoh konsesi YBKU masih berbaki selama 14 tahun sehingga tahun 2034 dengan nilai RM861.1 juta,” kata WGB.

WGB menyifatkan cadangan pembelian itu selaras dengan aktiviti teras WGB yang berkecimpung di dalam pengurusan kemudahan bersepadu dan pembinaan.

“Penguasaan itu juga merupakan langkah strategik untuk meningkatkan tempahan kerja kami dengan nilai sehingga RM1.8 bilion berbanding RM910 juta,” kata syarikat itu.
WGB merupakan sebuah syarikat kontraktor dan perkhidmatan berkaitan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here