Ahli Parlimen Bukit Gantang sertai PKR setahun selepas keluar Umno

1
110

PKR Perak hari ini mendakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini menyertai parti itu selepas lebih satu tahun meninggalkan Umno.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan Syed Hussin baru sahaja dipersetujui dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR hari ini kerana harus melalui proses penelitian terlebih dulu.

“Dengan pengalaman yang dimiliki beliau, saya yakin ini dapat membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan memanfaatkan majlis pimpinan Perak pada masa yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Pada 27 Jun 2018, Syed Hussin mengumumkan keluar Umno dan Barisan Nasional dan menjadi Ahli Parlimen bebas berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bukit Gantang.

Farhash Wafa mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen Bukit Gantang itu ke dalam PKR.

“PKR kini memiliki 51 ahli Parlimen dan semoga saf parti dirapatkan dalam menjulang presiden kita sebagai bakal perdana menteri ke-8 di masa depan,” katanya.

-FMT
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Tuan empunya badan pula menafikan nya. Apo ko hal ni Yob? April Fool dah lepas, halloween havoc ker?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here