Anak Tarzan bunuh ibunya

1
156
RON Ely sebagai Tarzan / Foto: Creative Commons.

 

Oleh FETTY RARA

 

ANAK pelakon watak ‘Tarzan’ Ron Ely ditembak mati oleh polis setelah menikam ibunya awal minggu ini.

Laporan CNN yang memetik Pejabat Sheriff Santa Barbara berkata Cameron Ely, 30 membunuh ibunya, Valerie Lundeen, 62, di rumah mereka di Hope Ranch, California pada Selasa lepas.

Pegawai polis yang bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan terpaksa menembak Cameron kerana bertindak ganas terhadap mereka.

Rakaman audio polis yang dikeluarkan kepada media menunjukkan bahawa Cameron cuba menuduh ayahnya dalam serangan tersebut.

Ron Ely adalah pelakon Hollywood dan penulis novel popular dengan lakonan beliau dalam siri popular tahun 60an, “Tarzan.”

Ketika serangan itu Ron berada di rumah, tetapi tidak dicederakan.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here