Dr Zakir Naik saman Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang isu fitnah

0
127

KUALA LUMPUR — Penceramah bebas, Dr Zakir Naik mengemukakan saman

terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik di laman sosial dan portal berita.

Dr Zakir mendakwa, kenyataanRamasamy yang memfitnahnya itu dibuat di antara tahun 2016 dan 2019.

Penceramah bebas itu memfailkan saman berkenaan pada 16 Oktober lalu melalui firma guaman, Tetuan Akberdin & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya, Dr Zakir selaku plaintif, berkata Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan dirinya dalam beberapa kejadian.

Kejadian pertama menurut plaintif ialah pada 10 April 2016, di mana Ramasamy memfitnahnya apbila memanggilnya dengan gelaran tidak sopan yang dimuat naik di laman Facebook defendan (Ramasamy).

Ramasamy turut didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Dr Zakirpada 1 Oktober 2017,di mana artikel mengenainya

dimuat naik di laman portal Free Malaysia Today (FMT) pada tarikh yang sama.

Pada 11 Ogos lalu, plaintif berkata, defendan memanipulasikan jawapannya ketika berucap pada ceramah dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, juga disiarkan di laman sosial FMT.

Kenyataan fitnah keempat pula disiarkan media antarabangsa,India Today, melalui kenyataan Ramasamy pada 20 Ogos lalu.

Dr Zakir menegaskan bahawa semua kenyataan itu membawa maksud seolah-olah beliau berperwatakan jahat dan mengancam keamanan serta keharmonian negara.

Menurut plaintif, kenyataan itu tidak berasas dan berniat jahat, selain tidak mendapatkan pengesahan daripadanya terlebih dahulu.

Dr Zakirsehubungan itu menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan, menerbitkan atau memuat naik kenyataan fitnah sama, selain menuntut permohonan maaf dan

ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan serta relif lain.

BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here