Malunya umat Islam Malaysia bila aktivis LGBT diiktiraf dunia

0
504
Oleh AMREE AHMAD

 

NAMA beliau sering dikutuk keras oleh umat Islam kerana tegar berjuang hak komuniti songsang Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Malaysia daripada diskriminasi masyarakat.

Ironi, kelmarin Nisha Ayub cipta kejutan tersendiri apabila menduduki tempat ke-21 dalam senarai 100 wanita paling berpengaruh di dunia untuk tahun ini.

Berita itu disiarkan stesen penyiaran antarabangsa BBC di London, England yang anjurkan penyenaraian tahunan tersebut dengan tema kali ini iaitu ‘Wanita Masa Depan’.

Ini bukan kali pertama pondan berusia 40 tahun serta berasal dari Melaka dengan keturunan kacukan India, Ceylon dan Melayu itu diangkat jasanya dalam isu LGBT di peringkat global.

Pada tahun 2015, Nisha terima Anugerah Aktivis Luar Biasa Alison Des Forges anjuran Human Rights Watch, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpusat di kota New York, Amerika Syarikat (AS).

Setahun kemudian, beliau raih pula Anugerah Wanita Berani Antarabangsa dikelolakan Jabatan Negara AS di Washington DC. Tahun itu juga nama Nisha diabadikan di San Diego, California.

Bayangkan Datuk Bandar itu, Kevin Faulconer mengisytihar tarikh 5 April setiap tahun sebagai Hari Nisya bertujuan peringati usaha aktivis LGBT ini yang konon ditindas teruk di Malaysia!

Jika diteliti balik, semua anugerah itu seolah-olah isyarat sindiran Barat kepada pihak kerajaan Malaysia (termasuk sekarang) yang tegas tolak amalan terkutuk kaum Sodom zaman Nabi Luth.

Malangnya, gaya hidup sesat itulah dihargai negara maju cuba rosak akhlak umat Islam waima sengaja beri pengiktirafan tokoh NGO LGBT tempatan ini konon atas nama hak asasi manusia.

Anehnya, BBC yang terkenal dengan konsep pemberitaan wibawa bertaraf dunia pun terjebak sama dalam kancah tidak bermoral sebegini apabila hargai pejuang gerakan manusia songsang.

Turut disenaraikan ialah aktivis pondan Iceland, Owl Fisher selain mangsa pemerdagangan seks AS, dikenali sebagai Hollie dan artis kontemporari tidak berhijab Arab Saudi, Manal al-Dowayan.

Apakah sanjungan BBC ke atas Nisha ialah tanda isyarat bahawa media Barat mahu hina umat Islam di Malaysia dan sebagai tekanan kepada pihak berkuasa untuk iktiraf komuniti LGBT?

Mungkin motif itu agak keterlaluan dibuat rumusan sedemikian, namun tidak mustahil ada usaha pihak Barat cuba campur tangan dengan beri sokongan pada aktivis sesat yang entah apa-apa.

Sementelahan, awal minggu ini negara gempar dengan tindakan ‘tidak sengaja’ juri debat Piala Tun Razak 2019 membahaskan tajuknya sehingga mencetus saranan peserta menghalalkan amalan LGBT terkutuk.

Bagi masyarakat Islam di Malaysia yang masih lagi waras mampu beza antara haq dengan batil, berita kejayaan Nisha bukanlah suatu perkara boleh dibanggakan atau dijadikan contoh teladan.

Hakikatnya, pengiktrafan BBC itu lebih kepada niat memalukan umat Islam negara ini tetapi usah lupa, bak kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, LGBT tiada tempat di Malaysia!

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here