Nasihat buat semua

1
219

BEKAS Presiden Indonesia, Gus Dur pernah menulis sebuah syair berbahasa Jawa yang berbunyi.

Akeh kang apal Quran hadise,
Seneng ngafirke marang liyane,
Kafire dewe dak digatekke,
Yen isih kotor ati akale.

(Ramai yang hafal Al- Quran dan hadis,
Namun senang mengfkafirkan orang lain,
Tetapi, kafirnya sendiri tidak diperhatikan,
Kerana dirinya masih kotor hati akal.)

Tiada seorang pun daripada kita yang mengetahui bagaimana hayat kita akan berakhir.

Begitu juga apa pembalasan yang akan setiap daripada kita terima di alam kematian kelak.

Semua itu berada dalam ketentuan Allah subhanahu wa ta’ala.

Justeru, amat tidak adil untuk kita menjatuhkan hukuman atau mengatakan orang yang banyak berdosa mahu pun orang kafir akan berakhir di dalam neraka.

Perkara ini telah diingatkan oleh para ulama terdahulu kerana mereka memahami bahawa setiap yang berdosa mahu pun orang kafir boleh mendapat hidayah dan keampunan daripada Allah.

Sebagaimana mereka boleh mendapat hidayah dan keampunan Allah, orang yang alim juga boleh disesatkan oleh ilmu dan amal mereka disebabkan nafsu atau sifat takabur.

Daripada menghukum orang yang berdosa dan orang yang kafir, adalah lebih baik bagi kita untuk mendoakan hidayah dan keampunan bagi diri kita dan juga mereka.

Nasihat ini telah diberikan oleh seorang penceramah bebas, Ustaz Ahmad Azmir dalam kuliah zohor yang disampaikannya di masjid Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya semalam.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here