Siasatan kes hina sultan: Tak ada lagi, ini habis dah, kata Najib

0
102
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung fitnah terhadap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

 

BEKAS perdana menteri menghabiskan hampir dua jam dalam soal siasat dengan polis di Bukit Aman hari ini.

Najib yang tiba pada pukul 11 pagi dipanggil untuk membantu siasatan berhubung satu hantaran Facebook, di mana beliau mendakwa Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam hantaran itu, mendakwa Nga menghina Sultan Sharafuddin melalui laman Facebook “Nga Kor Ming Super Fans” bulan lalu.

Setiausaha Sulit Kanan Nga, Tan Tiong Yih kemudian membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Pekan itu awal bulan ini.

Bercakap dengan pemberita di luar Bukit Aman pada pukul 12.40 tengah hari, Najib berkata beliau memberi kerjasama penuh kepada polis.

“Alhamdulillah, saya telah dipanggil untuk beri keterangan sebagai saksi. Saya telah beri kerjasama penuh…dan serah kepada polis untuk menilai dan membuat keputusan selanjutnya.

“Tak ada lagi. Ini habis dah,” katanya, ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil lagi untuk soal siasat kes itu.

Sekumpulan penyokong diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam turut berkumpul, dan melaungkan “Hidup Najib” apabila bekas perdana menteri itu keluar dari kereta dan mendekati pemberita.

Menjelaskan butiran soal siasat, Najib yang mengenakan kot berwarna biru berkata: “Mereka tanya tentang posting itu, apa tujuan saya buat posting.

“Yang lain saya tak boleh nak nyatakan sebab masih dalam proses siasatan.” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkenaan fitnah.

Pada 8 Oktober, Nga juga disoal siasat selama dua jam di Bukit Aman berhubung kes itu. Beliau dijangka kembali semula untuk memberi keterangan pada masa terdekat.

Nga yang merupakan anggota parlimen Teluk Intan berkata ada konspirasi politik untuk memburukkan namanya dan DAP.

Beliau mendesak Najib untuk meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menggunakan hantaran Facebook yang palsu untuk mencetuskan kebencian terhadapnya dan parti itu.

“Pemeriksaan secara atas talian mendapati hantaran Najib merujuk kepada laman Facebook bernama ‘Jiu Shi Huang Ya’, yang tiada kaitan dengan saya atau DAP,” katanya lagi dalam kenyataan sebelum ini.

http://bit.do/fdh3r
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here