SPRM sahkan tahan 2 pegawai FELDA di Pahang

0
155

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan dua pegawai FELDA di Pahang bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki, berkata dua individu terbabit kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

“Memang ada kes (dua pegawai FELDA ditahan) di Pahang. Kes disiasat oleh SPRM Pahang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salahguna kuasa.

“Maklumat lanjut akan saya berikan kemudian, iaitu sehinggalah siasatan terhadap mereka selesai,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

“Identiti individu memang tidak dapat didedahkan. Kita hanya tahan namun individu itu masih belum disahkan bersalah selagi tidak dibuktikan,” katanya.

BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here