Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit nahas bas Mekah-Madina

0
104
GABENOR Madina Putera Faisal bin Salman melawat penumpang yang tercedera di hospital / Foto: SPA

 

KUALA LUMPUR — Sehingga kini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas persendirian di Jalan Hijrah (Lebuhraya Mekah-Madinah) sehingga menyebabkan 35 penumpang maut.

Perkara itu disahkan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menerusi laman sosial Facebook mereka Consulate General of Malaysia, Jeddah, semalam.

Difahamkan, Kedutaan Malaysia di Arab Saudi sudah pun menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung nahas terbabit.

Menurut jurucakap kedutaan, pegawai bertanggungjawab sudah mendapatkan maklumat lanjut namun sehingga kini belum ada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam nahas berkenaan.

“Kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah bas jenis persendirian, jarang untuk rakyat Malaysia menaiki bas sedemikian.

“Bagaimanapun, pihak kedutaan tetap memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan rakyat kita,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Reuters melaporkan seramai 35 orang terkorban manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas lebuh raya berkenaan.

Mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut itu termasuk warga Asia dan Arab Saudi sendiri.

BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here