Turki setuju gencatan senjata di Syria

0
86
FOTO: Omer Alven /Anadolu Agency

 

Oleh FETTY RARA

 

NAIB Presiden Amerika Syarikat Mike Pence berkata Turki bersetuju mengadakan gencatan senjata selama lima hari di Syria.

Selepas berbincang dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan beliau berkata Turki akan menghentikan operasi ketenteraan di utara Syria selama 120 jam, sementara Amerika Syarikat membantu menguruskan pengunduran puak Kurdish Syria dari zon-zon selamat.

Menurut CNBC, apabila siap semuanya, Turki bersetuju untuk mengekalkan gencatan senjata tersebut.

Semalam, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata persetujuan itu bukan sebenarnya gencatan senjata kerana “Turki akan hanya menghentikan operasi jika semua syarat dipenuhi.”

Bagi pihak Amerika Syarikat pula persetujuan tersebut bermakna semua sekatan ke atas Turki yang dikenakan awal minggu ini akan ditarik balik.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here