Utusan Melayu akan ‘dihidupkan’ semula

0
169

KUALA LUMPUR – UMNO berjanji akan ‘menghidupkan’ semula Utusan Melayu kerana syarikat akhbar Melayu itu merupakan perjuangan kepada parti tersebut selama ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, Utusan Melayu akan muncul dalam bentuk baharu dengan mengambilkira model perniagaan yang lebih sihat.

Tegas beliau, UMNO sesekali tidak pernah meminggirkan syarikat itu sebelum ini kerana telah menyuntik jumlah dana yang besar sejak tahun 2017.

“Penutupan Utusan Melayu adalah satu peristiawa malang. UMNO telah menyuntik dana puluhan juta sejak 2017 dan yang terbaharu belasan juta.

“Kita akan hidupkan balik, itu perjuangan kita namun dalam bentuk lain sebab sebab Utusan Melayu membawa hutang terlalu banyak.

“Dari segi bisnes, lebih baik memulakan sesuatu yang baharu kerana ia lebih sihat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn di sini semalam.

Annuar menambah, apa yang menimpa Utusan Melayu boleh digambarkan sebagai seseorang menghidapi dua penyakit secara serentak.

Jelas beliau, syarikat akhbar berusia 80 tahun itu lambat melakukan transformasi daripada model lama ke baharu berbanding syarikat media lain.

Apatah lagi katanya, kos operasi Utusan Melayu adalah tinggi selain kehilangan tempatan bergantung daripada UMNO selepas kerajaan Barisan Nasional kalah pada PRU-14.

“Pada masa sama, pengurusan tertinggi Utusan Melayu selama ini tidak memikirkan untuk membuat bisnes dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan.

“Kita sedang siapkan model bisnes untuk memulakan operasi baharu. Namun VSS kakitangan yang tidak dibayar, kita akan suruh selesai dahulu.

“Utusan Melayu ini sebenarnya ada kakitangan yang bagus,” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, syarikat Utusan Melayu (M) Berhad akhirnya menutup operasinya selepas berdepan dengan pelbagai masalah kewangan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir, langkah itu dibuat selepas pelbagai usaha ‘menyelamatkan’ syarikat tidak menjadi.

Ia termasuk menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada 700 kakitangan, penjualan aset, edaran akhbar menjunam turun dan kegagalan sumbangan iklan tidak menepati sasaran.

http://bit.do/fdiDa
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here