[VIDEO] Ribut , kilat paksa pesawat Putera William dan isteri mendarat di lokasi lain selepas dua kegagalan

0
76
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

PENERBANGAN yang membawa putera British Putera William dan isterinya Kate Middleton semalam terpaksa menukar destinasi pendaratan di Pakistan setelah mengalami dua kegagalan mendarat.

Pesawat yang membawa Duke dan Duchess of Cambridge yang dalam rangka lawatan ke Pakistan itu terperangkap dalam ribut ketika dalam penerbangan dari Lahore ke Islamabad.

Menurut majalah People, pada mulanya pesawat berkenaan telah cuba mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Pakistan dan kemudian bertukar ke sebuah lapangan terbang komersial  sebelum terpaksa menukar haluan dan menuju ke Lahore.

Wartawan Press Association Emma Louise Bowden sempat merakam video detik-detik cemas dengan kilat sabung-menyabung itu daripada bahagian media pesawat tersebut.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here