Yan Ke lebih teruk dari biadap tapi pedajal

2
927

SOKONGAN ‘luar biasa’ yang diterima oleh Wong Yan Ke yang melakukan protes semasa majlis Konvokesyen Universiti Malaysia (UM) baru-baru ini sebenarnya sudah menjawab persoalan siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Ini kerana, secara logik akal, seseorang graduan tidak akan berkelakuan tidak senonoh pada acara rasmi universiti kerana ia bukan hanya menjejaskan majlis tetapi memberi kesan kepada masa depannya sendiri.

yakin graduan yang waras dan rasional tidak akan berani melanggar istiadat majlis konvokesyen tersebut kecuali
dia gila.

Menyifatkan tindakan Yan Ke itu sebagai pedajal (individu menyusahkan orang dalam bahasa utara), Kok Seong berkata, melihat sokongan yang diberikan kepada Yan Ke, tidak mustahil graduan itu ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

“Kelakuan graduan itu nampak tersirat tetapi apabila sudah ada yang menyokong, tindak-tanduk itu sudah tersurat nampaknya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan ke atas graduan itu wajar diteruskan supaya kejadian seumpama itu tidak patut berulang pada masa depan.

Ini kerana, apabila ada pihak dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memihak kepada kelakuan Yan Ke, ia seolah-olah menunjukkan ada dalam kalangan parti kerajaan cuba ‘bunuh’ pihak yang lain sekali gus menyaksikan kerajaan kini berdepan dengan isu moraliti.

Malaysia pada hari ini semakin jelas menyaksikan kegagalan dalam pembentukan negara bangsa apabila ada dalam kalangan rakyatnya yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara secara terangan-terangan tanpa rasa malu.

Dalam kes graduan ini, Yan Ke secara jelas melanggar prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan sedangkan dalam sebuah negara yang demokrasi, terlalu banyak saluran untuk bersuara dan menyatakan bantahan.

“Tetapi bagi saya, kejadian ini tidak pelik sebab kerajaan sekarang mengamalkan liberalisme, menggalakkan kebebasan bersuara, reformasi. Sedangkan masyarakat belum matang, sebab itu berlakunya salah guna kebebasan yang diberikan,” ujarnya.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik dalang di sebalik kejadian yang mencemarkan nama baik Universiti Malaya, Kok Seong percaya ia bukan perbuatan bukan orang Melayu.

“Ini bukan cara orang Melayu. Orang Melayu ini, sejahat-jahat mereka pun ada batas. Mereka masih tahu adab. Yang ini aibkan orang tidak kira batas.

“Sebab itu saya sifatkan tindakan graduan itu bukan biadap, tetapi pedajal. Lebih teruk dari biadap,” ujarnya.

– MG
Please follow and like us:
error

2 COMMENTS

  1. Pernah bermain spring? Anda boleh tekan spring itu semahu mahu nya.. namun Awas jika terlepas, Spring tersebut akan melantun balik kepada diri anda sendiri

  2. Memang kurang ajar. Tapi ramai Melayu yang menyokong tindakan anak cina ini. Apakah betul majoriti Melayu dah hilang jati diri?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here