Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam sokong polis guna kekerasan menjelang perarakan haram

0
85
PHOTO: Carrie Lam/Creative Commons.

 

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

HONG KONG – Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam mengumumkan melalui radio dan TV hari ini bahawa beliau akan menyokong penggunaan kekerasan oleh pihak polis menjelang perarakan besar-besaran penunjuk perasaan esok di bandar raya China yang terperangkap dalam kancah protes ganas sejak berbulan itu.

Susulan keredaan hampir seminggu di Hong Kong, perarakan yang akan diadakan esok (Ahad) akan menguji sekuat mana puak pro-demokrasi itu. Mereka telah menyatakan azam untuk meneruskan perarakan tersebut walaupun polis berkata ia adalah perhimpunan haram.

Sebelum ini sejak berbulan hampir setiap hari beribu penduduk Hong Kong tidak mempedulikan amaran polis supaya tidak keluar menyertai protes jalanan, hingga membawa kepada pertempuran berdarah yang sering kali meleret ke larut malam.

Hari ini punca kepada kekacauan di Hong Kong itu telah ditarik balik dan pihak berkuasa tidak lagi akan meneruskan rancangan  membenarkan ekstradisi pesalah ke tanah besar China, Taiwan mahu pun Macau.

Kes seorang lelaki Hong Kong membunuh teman wanitanya di Taiwan sebelum melarikan diri pulang ke Hong Kong menjadi pemangkin kepada usul untuk mewujudkan proses ekstradisi pesalah yang begitu berkontroversi itu.

Lewat semalam (Jumaat) lelaki tersebut, Chong Tang-kai yang dipenjarakan di Hong Kong bersabit kesalahan pengubahan wang haram telah menulis kepada Lam bahawa dia akan menyerah diri kepada pihak berkuasa di Taiwan apabila dibebaskan kelak, iaitu seawal minggu depan,

Berikutan keputusan itu, Lam menyatakan dalam satu program wawancara di Radio dan Televisyen Hong Kong (RTHK) bahawa beliau berasa lega kerana segala-galanya akan berakhir.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here