Kriket tersungkur ke tahap mengaibkan

8
456

PERKEMBANGAN kriket di Malaysia buat masa ini langsung tidak menggembirakan. Tidak lama dahulu ia berkedudukan baik di peringkat antarabangsa tetapi kini tersungkur ke tahap mengaibkan.

Tahun ini sahaja keputusan daripada dua kejohanann antarabangsa telah meletakkan Malaysia seperti pasukan belasahan. Tidak ada gunanya untuk bercakap bab ranking berikutan kekalahan kepada barisan negara yang lebih kerdil yang dahulunya bulan lawan pasukan Malaysia.

Julai lepas, Malaysia menghuni kedudukan tercorot dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia T20 di Singapura. Empat lagi negara (Nepal, Singapura, Qatar, Kuwait) yang dahulu tidak sekuat mana berbanding pasukan negara telah bersaing.

Kemudian Kuala Lumpur menjadi hos Liga Challenge A pertandingan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) bagi kelayakan Piala Dunia.  Pasukan terbabit ialah Kanada, Singapura, Qatar, Denmark, Vanuatu dan Malaysia.

Malaysia pernah tewaskan Singapura (banyak kali), Qatar, Denmark dan bagi Vanuatu, ia hanya sebuah pasukan belasahan.

Menggemparkan apabila Malaysia menduduki tangga kelima dan berkongsi mata bersama Vanuatu yang menghuni tempat keenam. Malaysia turut kalah kepada Vanuatu dalam perlawanan terakhir.

Sebaik sahaja pertandingan itu selesai, Malaysia bersaing dalam  perlawanan ujian T20 menentang Vanuatu bagi menjamin pasukan negara masih bermaruah walaupun diaibkan dalam pertemuan terdahulu. Episod memalukan, dalam lima pertemuan itu, Vanuatu mengatasi Malaysia tiga perlawanan berbalas dua.

Boleh jadi bahan ketawa kerana Vanuatu hanya sebuah negara kecil di selatan Lautan Pasifik yang memiliki penduduk dalam anggaran 280,000 orang sahaja.

Inilah prestasi sebenar pasukan kriket Malaysia. Sejak Persatuan Kriket Melayu Malaysia menghentikan program pembangunan kriket nasionalnya pada tahun 2017, nampaknya pencapaian Malaysia sudah tidak menentu lagi. 

Kriket Melayu yang memiliki banyak penaja telah mengatur program teratur. Projek bawah 12 dilaksanakan dengan baik di samping pembangunan menengah yang dikendalikan barisan jurulatih dari Sri Lanka sejak 1999 hinggalah 2017. Selepas sahaja pembangunan menengah, pemain diletakkan di tiga pusat pengajian tinggi dalam program prestasi tinggi. Semua ini adalah bagi menampung pasukan kriket kebangsaan sama ada pasukan senior atau peringkat usia.

Ketika itulah Malaysia berada dalam kedudukan tinggi di kalangan negara-negara membangun dalam sukan kriket.

Tetapi apabila Kriket Melayu menamatkan fungsi pembangunannya, sudah terserlah janji-janji Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk melahirkan pemain berwibawa gagal dilaksanakan.

Program pembangunannya difahamkan tidak kemas dan gagal sampai ke matlamat asal manakala penjadualan pertandingan tempatan pun tidak merangkumi semua kumpulan sasar.

Dengan ramai kakitangan sokongan yang berkhidmat dengan MCA, kenapa masih tidak berkemampuan? Apakah mereka yang bertugas itu tidak berkualiti atau tiada kesungguhan?

Ternyata MCA gagal dalam banyak segi tanpa sokongan pembangunan pemain daripada Kriket Melayu.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

8 COMMENTS

  1. Like many sports from football to hockey to badminton to squash, we were once top in Asia and some in the World but as the years go by we seem to slide with no sight of getting back to the past glory.
    Similarly to in cricket. We had beaten Bangladesh in the 80s yet they went on to be a Test nation. Todate even a small island like Vananatu can show us how bad our standard of cricket.
    Is it our system of development that seem to be so badly flawed that we cannot produce the “stars”. Indeed today, the athletes are given so much of encouragement and resources yet we are not producing the results.
    Is it that our methods are outdated or are we not identifying the right talents for the sport.
    Something must be done.

  2. Bukan sahaja tersungkur, malah membahan tanah bak kata orang² tua² dari melaka. Kita lihat pula bagaimana kesan pembangunan mereka sebagaiman terancang oleh sibijak-bijak pandai mereka itu pula

  3. AMAT MEMALUKAN..sbb program kini x tersusun! Cakap x serupa bikin! Jangan kerana kriket ‘melayu’..nama melayu buatkan semua melatah…skrg kriket malaysia berkuasa..sombong bongkak perasan bagus saja..mana pergi pembangunan yang selalu dicanang ‘lebih baik’ dari kriket melayu..haha…..

    Dalam istilah lainnya ; tanpa pembangunan kriket melayu kriket akan terus balik ke zaman ke”gelapan”..

    Dahulu masa kriket melayu mulakan langkah buka pusat pembangunan sepelosok daerah..apa MCA buat?.. goyang kaki saja sbb dia taw kita punya product gred A punya.. inilah pembangunan terbaik malaysia..sukan lain pun copy kriket melayu punya development concept..tapi mca suka melukut saja ditepi gantang..

    YB MENTERI KBS KEBIJAKSANAAN ANDA DITAGIH…

    WAHAI PERSATUAN KRIKET MALAYSIA ..hmm habislah..satu persatu dia nak..ada padang x reti nk bayar..hutang keliling pinggang..mana pergi pengurusan KONONNYA cemerlang..

    LEPAS NI BILA PULAK NAK CHECK IN MASUK KE PADANG KRIKET ANTARA TERHEBAT DI ASIA ” BAYUEMAS OVAL” ? JANGAN PULA X BAYAR LAGI SEWAAN TU..MANA YG PENTING DAHULUKAN LAH..Jangan hanya nak tunjuk awak tu saja yg berkuasa..tapi habuk pun x dak..

    Pemain2..yg di cungkil bakat dari ceruk entah mana..ahkirnya jadi pemain yg hebat..hasil dari ikhlas membangun PERSATUAN KRIKET MELAYU MALAYSIA… skrg dh nampak impak..sana sini kalah..apa dah jadi..lawan team belasahan kita dulu pun dah tersungkur!…siapa yg patut dipersalahkan?..siapa makan cili dia rasa pedas!..

    Hasrat nk jadi negara test tahun 2020…perjalanan dah cantik tapi apa dh jadi..semakin hari..semakin tanduslah produk2 “pelbagai bangsa” yg hanya kriket melayu buat..segalanya akan balik ke asal..kembalilah kita ketinggalan 10 tahun kebelakang.. org lain dah jauh tinggalkan kita…semuanya tinggallah mimpi saja.. KALAH PULA DENGAN VANUATU?.. MASYA ALLAH…negara tu ada padang pun 1 je…hahaaa…lawakk betullah..mana perginya standard kita sebagai negara yg gah membangun dan diiktiraf oleh Badan Kriket Asia sebagai negara kecil yg pesat membangun?.. apa dah jadi?tiada sokongan?..kerajaan?..pengaruh besar dalam keahlian?..maaf..mungkin sbb kita x segagah dulu..tp pengurusan kriket melayu adalah yg terbaik di malaysia..mungkin perlu dikembalikan kuasa “royal” saja dalam kriket melayu?.. dan ambil alih saja MCA..

    “Bersedialah” MCA kalau kamu masih lagi alpa!!!

  4. Semalam (18 Oktober 2019) Singapura dengan mudahnya membenam pasukan Scotland (ranking 11 dunia). Saban tahun pasukan Malaysia berlawan dengan Singapura di kejohanan Saudara Cup. Manakala penanda aras pasukan wanita negara pula sekadar memenangi Saudari Cup, sedangkan rakan di utara (Thailand) sudahpun layak ke Piala Dunia T20 Wanita. Sebab tu menang sukan SEA pun cukup dah, boleh bercerita 20 tahun lamanya. Sedangkan Singapura dah pergi jauh.

    Nak dikatakan pasukan Singapura menggunakan pemain naturalisasi, apa kurangnya Malaysia? Malaysia pun masih menggunakan khidmat pemain naturalisi, bezanya negara Singapura menggunakan khidmat pemain-pemain yang pernah mewakili negara India/Pakistan dalam kategori bawah 19 tetapi mereka tidak layak mewakili pasukan senior. Malaysia pula menggunakan khidmat pemain entah penjual karpet mana (sekarang lepak tidur makan dapat gaji tetap).

    Saban tahun kita menghadapi menurunan ranking, takkan dengan jawatan persis badan korporat di MCA tidak melakukan apa-apa perubahan. Takkan tiada perancangan strategik? Kalau betul-betul mengamalkan cara kerja bersyarikat, orang atas patut letak jawatan dahulu. Mereka yang patut menjawab dengan pemegang saham (peminat). Satu lagi, siapa sposor juta2 kepada pasukan Malaysia sekarang? Ada ke?

    Jadikanlah MCA kawasan suci, tidak sewenang-wenangnya dimasuki oleh orang yang berkepentingan. Sekarang seolah siapa yang kenal orang MCA, mereka ada peluang wakil negara. Siapa orang lama, merekalah yang akan wakil negara (faham, nak dapat kerja susah sekarang). Player yang kerap datang latihan yang betul2 serius asyik jadi bowling machine pun banyak dah lari. MCA pun kena buatkan sempadan, tanpa sempadan. Pegawai jangan rapat sangat dengan pemain nanti anda takkan berani nak tegur pemain2 yang tidak perform. Dah jadi kawan, boleh tepuk2 bahu, nak marah tak sampai hati. Karang merajuk. Contohilah FAM, walau ranking beratus, tapi Wisma FAM itu adalah kawasan suci pemain bolasepak, bukan senang2 siapa nak masuk situ.

    Satu lagi, kurangkanlah exco yang masuk persatuan kriket malaysia sebab nak bermain je (dapat guna padang free). Buat kerja, gunakan ilmu yang anda ada dalam bidang korporat itu untuk kemajuan sukan.

  5. Kita jangan saling untuk salah menyalahi sesama sendiri antara mca & kriket melayu, cuba la duduk semeja berbincang secara profesional, buang ego sesama sendiri masa berbincang demi kecemerlangan kriket negara .kita tahu kriket melayu banyak membantu untuk pembangunan kriket negara sebelum ni ..tapi itu semua tak ke mana jika mca mengunakan kuasanya sebagai persatuan yg menerajui sukan kriket di negara ini . Apa mca buat dgn prestasi sukan kriket semakin merosot?

    Cadangan,

    1.Hidupkan dan bantu persatuan kriket negeri negeri di malaysia ni. Jgn la mca bergerak sendiri tanpa melihat persatuan negeri2. Pastikan negeri negeri jgn tidur selalu.
    2. Perbanyakan pertandingan di peringkat grass root , & peringkat umur
    3. Jangan nak sibuk sangat nak anjurkan liga koporat untuk keuntungan , hidupkan semula liga kriket kebangsaan antara negeri negeri senior dan peringkat umur.

    4. Kita ada banyak sekolah yg aktif dlm sukan kriket..kemana mereka setelah tamat darjah 6? Tamat tkt 5? Spb? Yg tak dapat masuk sbp atau mrsm? Masuk u ?
    5. Perbanyakan krusus kejurulatian latihan asas dan tinggi di kalangan guru guru, dan kesinambungan guru guru yg menjalani kursus2 asas ni..pantau mereka..

    Nanti sambung…

  6. Penulis pun sama keras kepala. Mentang2 anak semua dah habis ditanggung kriket melayu, lantak pi la anak orang lain yang masih belajar. Sendiri bergaduh dengan orang MCA, keriket jadi mangsa.

    • betul bro, aku dengar budak2 ex kriket melayu banyak benci dia ni. Marah diorang macam diorang tiada maruah. Sebab tu ramai yang dah habis belajar kat UKM tak nak menyumbang ke kriket melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here