[VIDEO] Suara hati, kemanusiaan bantu bayar hutang makan tengah hari ratusan pelajar miskin

1
67
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

SEORANG lelaki dari Jupiter, Florida membelanjakan hampir AS$1,000 (kira-kira RM5,000) bagi melangsaikan hutang makan tengah hari pelajar-pelajar miskin dalam komuniti tersebut.

Susulan tindakan prihatinnya itu sebuah pergerakan telah memulakan kutipan untuk tujuan sama di seluruh kawasan Palm Beach.

Menurut Fox TV, Andrew Levy membelanjakan AS$944.34 bagi menampung hutang lebih daripada 400 pelajar di sembilan sekolah.

Beliau menjelaskan kepada stesen berita WPEC bahawa suara hatinya mempersoalkan mengapa harus seseorang itu memeras otak untuk memikirkan tentang dari mana untuk mendapatkan makanan kerana isu tersebut bukanlah sesuatu yang patut berlaku dalam tamadun manusia berakal.

Keikhlasan dan keprihatinannya itu telah membuka hati ratusan orang untuk berusaha membasmi hutang makan tengah hari pelajar miskin komuniti berkenaan yang berjumlah kira-kira AS$51,0000 (kira-kira RM200,000).

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. ……….. “Menurut Fox TV, Andrew Levy membelanjakan AS$944.34 bagi menampung hutang lebih daripada 400 pelajar di sembilan sekolah.” …………

    Andrew Levy ni oghe Islam ke?
    Sekadar bertanya
    Jangan mara ahhh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here