YaPEIM prihatin nasib 7 beradik yatim piatu

0
221
PEMANGKU Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan (baju merah) ketika hadir menyerahkan bantuan tunai Sinar Kasih YaPEIM kepada kanak-kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapa akibat kemalangan di Kampung Pasir Raja, Dungun.

 

Oleh MD. SYAHIKAR /BPHK YaPEIM  / Foto: Ehsan (BPHK YaPEIM)

 

KUALA TERENGGANU – NASIB menimpa tujuh beradik yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapa akibat kemalangan jalan raya 4 Oktober lalu, mendapat perhatian Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Agensi antara peneraju aktviti kebajikan dan amal jariah itu tampil menhulurkan bantuan RM16,800 melalui program Sinar Kasih YaPEIM untuk tujuan perbelanjaan anak-anak Allahyarham Norhapisah Idris dan Kamal Hisham Mustafa Mohamad yang maut akibat kemalangan di Jalan Felda Kerteh.

Mengulas lanjut mengenainya, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata, nasib malang menimpa ketujuh-tujuh beradik yang kini yatim piatu amat meruntun hati masyarakat dan bantuan sewajarnya perlu disalur demi ringankan beban yang ditanggung waris mangsa.

Beliau berkata, sumbangan tunai oleh YaPEIM itu mengambil kira pebelanjaan RM200 sebulan bagi setiap seorang selama setahun, menjadikan nilai bantuan keseluruhannya RM16,800.

“YaPEIM sangat berharap walau bantuan ini tidak seberapa berbanding kehilangan nyawa ibu bapa, namun membantu anak-anak ini menampung kos belanja harian mereka.

“Kami (YaPEIM) redha atas ketentuan Allah SWT atas anak-anak kecil ini dan keprihatinan agensi terhadap golongan serba memerlukan sentiasa diutama. Doa kami semoga segalanya sejahtera termasuk ketabahan hati buat warisnya, Anazul Azmi Idris untuk menjaga anak-anak ini,” katanya ketika menyerahkan sumbangan Sinar Kasih di Kampung Pasir Raja, Dungun hari ini.

Semua tujuh beradik iaitu Muhammad Danial,12; Muhamad Danish Irfan (11); Muhamad Darwish Iqbal (9); Muhammad Dhiyauddin Aiman (8) serta Muhammad Daim Amin (6); Muhammad Dhiya Arsyad (5) dan Dayyinah Athirah (3), kini tinggal bersama datuk mereka, Idris Abdullah.

Setakat ini, selain bantuan dari YaPEIM sebanyak RM16,800, anak-anak terbabit turut menerima sumbangan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), RM8,000 untuk menyediakan sebuah bilik yang bersesuaian demi keselesaan mereka.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here