Ada ‘bukti tak langsung’ komplot tubuh k’jaan baru – SU agung PKR

1
161

PKR menegaskan mempunyai bukti yang mencukupi untuk mempercayai kewujudan komplot untuk menyusun semula kerajaan Pakatan Harapan.

Ini walaupun dinafikan Anggota Parlimen Umno dari Sembrong, Hishammuddin Hussein bahawa beliau menjadi orang di belakang tabir dalam satu komplot rahsia untuk membentuk pentadbiran baru tanpa DAP dan Amanah.

Bercakap kepada media hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata parti itu mempunyai “circumstantial evidence” (bukti tidak langsung) mengenai cubaan ‘merampas’ kuasa gabungan parti pemerintah sedia ada.

Justeru, kata Saifuddin, PKR sedang berusaha memberi amaran kepada orang ramai mengenai hal tersebut.

“Ada semacam circumstantial evidence. Dia tak perlu satu evidence (bukti) yang (langsung), politik mana ada evidence macam itu.

Circumstantial evidence – cukup untuk kami mengingatkan bahawa pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil pendirian bahawa rakyat harus melihat tentang adanya kemungkinan percubaan untuk hijack (merampas) agenda reformasi yang telah pun dijalankan sekian lama dan rakyat telah membuat keputusan melalui pilihan raya umum yang lepas,” katanya ketika ditanya mengenai hal tersebut.

Terdahulu menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna merasmikan majlis InvestSmart Fest di Kuala Lumpur.

 

‘Selamatkan diri’

Malam tadi, MPP PKR mengeluarkan kenyataan menggesa menggesa semua pihak berwaspada dengan mereka yang sedang membuat perancangan tersembunyi serta menyusun agenda politik tertentu demi keuntungan politik peribadi.

Bagaimanapun, MPP PKR tidak menamakan sebarang individu dan parti politik di sebalik langkah itu, sebaliknya berkata, “akan sentiasa berwaspada dengan anasir-anasir dari rejim usang ini.”

Menurut Saifuddin lagi, pihak di sebalik langkah ini mungkin mahu menyelamatkan diri mereka daripada pendakwaan pihak berkuasa.

“Usaha ini adalah juga bertujuan untuk mengembalikan semua politik usang berbanding dengan politik inklusif yang telah dibawa oleh PH.

“Kita mengingatkan rakyat bahawa kalangan yang menggerakkan usaha ini adalah daripada kalangan bertujuan untuk menyelamatkan diri daripada kemungkinan diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” jelasnya.

SAIFUDDIN: Pihak di sebalik langkah ini mungkin mahu menyelamatkan diri mereka daripada pendakwaan pihak berkuasa. / NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Amaran MPP itu dibuat selepas dakwaan mengejutkan Pakatan Harapan (PH) membuat kenyataan mengejutkan – mendakwa Hishammuddin mengadakan komplot untuk menubuhkan kerajaan baru.

Sejak itu, sumber daripada kedua-dua belah jurang politik memberitahu Malaysiakini bahawa Timbalan Presiden PKR dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Keusahawanan Mohd Redzuan Yusof dan MP Larut Hamzah Zainuddin juga didakwa terlibat.

Redzuan dan Hamzah adalah daripada Bersatu.

Saifuddin juga memaklumkan tidak lama lagi PKR akan mempunyai bahagian parti di semua 222 kerusi parlimen.

Mesyuarat malam tadi juga menyaksikan MPP meluluskan kira-kira 11,000 permohonan keahlian baru yang menurut Saifuddin hanya dibuat pada minggu ini.

Ditanya sekiranya permohonan itu termasuk Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz, beliau enggan menjawab soalan itu, berkata pengumuman akan dibuat dalam masa yang ditetapkan.

Malam tadi, PKR Perak pada mulanya mengumumkan kemasukan ahli parlimen bebas itu ke dalam parti tersebut, sebelum Syed Abu Hussin menafikannya.

http://bit.do/fdxht

 

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here